Wednesday, April 27, 2011

pada hari Sabtu yang lepas...

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 4Comments |
tiba-tiba rasa macam buat karangan darjah 6.  huhu. abaikan. meyh kita sambung tajuk entry, hari sabtu baru ni, aku pegi pesta buku di PWTC.  kalau sapa yang nak pegi, sempat lagi ni. sebab pesta buku tu sampai 1 mei ni.

boleh kata, ni first taimlah aku pegi pesta buku. tahun lepas tak pergi pun. mula-mula sedih dah sebab macam tak dapat pegi je. last-last, dapat jugak aku menempekkan nama aku dalam list pegi lawatan. hehehe. kita usha usha gambar kat bawah ni ek.  kalau aku tulis banyak banyak pun, mesti uollss nak tengok gambar je kan. hik!








tu partner aku masa dalam bas. kalau korang tengok, kami pakai baju batik macam budak sekolah je kan.  tapi ni lah baju batik IPG kitorang.  yang kat bawah ni masa dah masuk dalam.  pergh! bersesak-sesak.  pasar pun tak macam ni. memanglah!







nampak aku macam rajin memasak je nak godeh-godeh segala buku resepi yang ada kat situ.  hehe. dasar pencinta makanan, memang begitu.  dapat tengok buku masakan pun cukuplah. ;)



opsss! sapa pulak ni..? haa.. nilah Ilya Abdullah, penulis novel Coke and Sundae.  kebetulan dapat jumpa beliau, peluang yang ada jangan lepaskan.  akak, sign autograf bolehhhhh... hehe.. kak Ilya ni pun ada blog tau.. akak ni cakap CNS ada sambungannya.. wuu~ tak sabar nak tunggu CNS 2 pulak keluar.




kalau merayap, takde aktiviti makan-makan memang tak sah.  hoho.  jadi, kitorang decide nak menambah berat badan kat pizza hut.  apa lagi, sambar 2 pan large pizza.. sampai sendat perut sorang-sorang.  belum kira makan yang sendiri-sendiri lagik.  aku macam besa lah, dengan fevret aku kat bawah ni. hehe..











masing-masing dah macam buaya kekenyangan, masuk dalam balik.  dorang ada buku nak cari lagi.  aku and my partner, masuk bahagian karangkraf, tengok orang duk tunjuk stail hijab.  pergh! cantik woh.. suke benau aku nengoknye.  tapi nak cuba tu, tak tau lah bila walaupun orang duk berebut dengan stail Hana Tajima sekarang ni.




nilah novel yang aku sempat beli.  ada lagi satu, tapi aku belikan untuk roomate jelah.  roomate aku kipas-susah-mati  novel Ramlee Awang Murshid..





gambar pun takdelah banyak sangat.  nak snap-snap pun tak de masa.  asyik duk belek buku je semua..emm.. petang ni tak de kelas, aku nak baca novel-novel yang ada.  harap-harap aku tak tidolah.  semalam overdose punye tido dah. huhu.. bai!

=)




4 3 orang hijau bagi komen:

baincardin said...[Nak Reply!]

lama dah x layan doraemon! ^_^

aFiQ aiMaN aZNaN said...[Nak Reply!]

same la,. kome ni gi gak,. tp dengan 3 kereta yg lain pas seminar. ari sbtu tuh, jmpe ust jamal je,.. heh

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

bain: haha.. doraemon best..

afiq: g gk eh..? kak join jpp je.. mmbe2 smue lesap.. sbb nk sgt g kn..

aFiQ aiMaN aZNaN said...[Nak Reply!]

asalnye nk join yg tu gak,. tp cancel,. g seminar kt KL yg ade imam sudais dtg tuh,. tp dpt g bookfest gak. heh. sila jgn dengki,. kikikikiki