Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

kompang dipalu, pengantin baru

Diya Edhayaa | 11:59 AM | 4Comments |
assalamualaikum.  baru pulang dari menghabiskan masa bercuti dengan kawan-kawan.  nak kata bercuti pergi mana2 pulau ke, tidak.  tapi menghabiskan cuti 3 hari berada di Terengganu dengan kawan-kawan cukup membuatkan hidup terasa bahagia.  assignment, ketepikan dulu.  hargai masa cuti yang ada. haha.  


pergi Terengganu sebenarnya nak menghadiri majlis perkahwinan senior, Kak Atikah dan suami, Mohd Fahmi. kedua-duanya pun masih guru pelatih semester 7 dan di IPG yang sama! *sweetnye mereka! selamat pengantin baru senior! 



tapi sehari sebelum tu, singgah di Kuantan dulu, meraikan perkahwinan kakak kawan.  selamat pengantin baru jugak untuk Kak Iena dan suami. ^___^ v




tahniah untuk kedua-dua pasangan pengantin.  semoga berbahagia hingga ke syurga.  buat yang akan atau sudahpun melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini, aku ucapkan selamat pengantin baru.  semoga Allah memberkati perkahwinan yang telah dibina dan melimpahkan berkat kepada kamu semua. setelah menjadi suami atau isteri, amanahlah atas tanggungjawab yang telah ditetapkan Ilahi.  


#  cinta bukan sekadar rasa, tetapi ia hadir bersama amanah.

#  nantikan entry tengok-sampai-pengsan di Terengganu!






Thursday, June 9, 2011

baki cuti sebanyak 10 sen

Diya Edhayaa | 9:53 AM | 8Comments |
hey ho!!! lame jugak diya tak online kan.. hari tu, diya pegi camping.. balik camping, diya rushing pegi majlis menyambut menantu cousin diya pulak.  dengan muka hitam macam kuali pun, diya sanggup pegi.  hehehe.  kawen geng kutip duit raye, mestilah mau pegi.  walaupun, majlis di sebelah perempuan (belah cousin diya) tak sempat nak pegi. 


lepas je balik camp, diya pegi KL.. stay umah abang pengantin 3 hari.  then diya pegi rumah mak pengantin pulak kat perak.  mak pengantin perempuan tu, haruslah mak saudara diya.  hehehe.  stay sana pun 3 hari.  dan skang diya ada kat rumah pak sedare diya pulak.  ni tak tau nak stay berapa hari.  


kesimpulannya, cuti diya hanya berbaki 10 sen.  eh! 10 hari.  lepas ni nak balik rumah pulak ah.  penat da travel umah sedara sedara ni.  tapi yang bestnye, dapat jumpa family yang dah lama tak jumpa.  kat sini, ada la sikit sikit gambar cousin diya yang kawen hari tu.. *ni pun curik dari lapy kazen.. hehe


pelamin raja sehari... sangat cantik tema dorang neh. suke3!


hantaran biru dari belah perempuan.

hantaran pink pula dari belah lelaki.

semasa akad nikah.  diya suka sangat warna baju dorang masa ni.  sweet!

raja dan ratu sehari.


raja sehari di singgahsana.

the next 'pengantin'.


masa kenduri kat perak ni, diya tak pegi.  sebab kan diya pegi camping.  diya sempat pegi masa kat subang je.  kat sana tema white purple.  pun cantik jugak.. ni yang tak sabar nak tunggu the next 'pengantin' pulak ni.. hehe.  lastly, SELAMAT PENGANTIN BARU dan SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT BUAT ABG HADI & KAK AYU.... :D