Tuesday, May 3, 2011

mahu saja belum tentu dapat

Diya Edhayaa | 8:33 PM | 10Comments |
sejak akhir-akhir ni, ramai betol artis nak berumah tangga dah.  Ashraf Muslim, Zahiril Adzim, Zed Zaidi.  perghh! patah hati sekali bila Ashraf Muslim yang bertunang.  tapi bak kata mak aku, member2 aku : "macamlah Ashraf tu kenal ko, tak payah berangan la weyh! haha..".  oke. korang cakaplah apa pun. ada aku kesah?



bila tengok orang duk nak kawen ni, aku pun menyewel gak kadang-kadang. nak nak bila single ni, menyewel tu kadang kadang over gak. huhu.  ala, mana ada orang taknak kawen.  aku pun nak kowt. 


umur 21 ni biasalah duk pikir camni.  bila sebut pasal soulmate kita, aku memang suka dan NAK SANGAT yang macam ni.  


PANDAI MASAK
aku pun tak taulah kenapa aku nak sangat orang yang pandai masak.  tak payah la pro sangat macam Chef Wan tu.  hebat sikit dari aku pun takpe dah.  tapi kalau dapat yang pro macam Chef Wan tuh, huish!! untung hidup.. hehe.. maka, tahap kebuntalan aku akan bertambah.




RAJIN
semua orang harapkan yang rajin.  mana ada nak yang malas.  kalau bab rajin ni, mestilah nak yang boleh tolong kita masa kita letih ke. sibuk ke.  ni kang kalau letih pun nak paksa kita jugak buat semua kerja, boleh patah 18 pinggang aku ni haa.  so, ini lebih kepada bantu membantu.  walaupun selalunya pempuan banyak uruskan rumah tangga.


PEMBERSIH
eh! i tak suka kotor-kotor ni. yuckss! kalau baju tu, lepas recycle, nak recycle lagi, recycle sampai sebulan, tak payah la wey.  bawak bawak la pegi basuh.  kalau malas sangat nak basuh, hantarlah dobi. and pembersih ni jugak berkait rapat dengan pengemas.  kalau katil pun macam tempat kucing beranak, tolonglah panggil Pah Bedah kemaskan.


TINGGI
aku ni pendek, rendah.  153 cm je.  so, sangat comel kan aku. ^_^ takpe, lempar je telur kat aku, nanti aku buat telur dadar bagi korang makan. hehe.  disebabkan aku yang tak cukup tinggi ni, aku harap sangat dapat orang yang tinggi dari aku.  nampak macam protective je bila jalan sebelah! hahaha..




PAKAI CERMIN MATA
yang ni aku paling cair kot.  tapi tak semualah kan.  aku pun tak paham kenapa aku nak sangat orang yang pakai spek.  maybe nampak macam educated.  nampak smart. tapi bukan skema okeh!  berbeza dua tuh.  kalau spek dia stylo, lagi aku melting.  orang stylo pun aku suka gak, tapi cam "dok song" la dengan aku.  aku ni budak simple.  mekap pon comot. ahacks!


dan yang paling penting....

BERAGAMA
jawapan macam cliche kan.  tapi betullah.  aku ni bukanlah perfect sangat.  tapi takkan nak orang yang hanyut.  kalau dia pun hanyut, kau pun akan sama hanyut.  melainkan kau boleh bimbing dia.  takkan kau nak orang duk inject diri sendiri tepi jalan, takkan nak orang yang kaki clubbing, takkan kau.. bla.. bla.. bla..  at least, solat lengkap 5 waktu.  


ni aku listing je ikut suka aku.  kalau nak senaraikan semua, esok pun belum tentu habis.  haha.  


# mood senyum sepanjang masa. :))


tersenyum tersengih dah rupa kerang busuk

Diya Edhayaa | 2:05 AM | 7Comments |
lama kot tak update ape-ape. semua ni gara-gara bercuti di rumah manis rumah. ehe. dan mood nak berblog manis blog pun tak de. cuma, sepanjang cuti 4 hari ni, agak senyum tanpa henti tak ketahuan hala *bak kata yuyu zulaikha si comel. 


 apakah yang telah berlaku..? apa..? apa..? heh! tak nak cerita. cuma nak senyum je.


tadi pun dah tengok seorang coursemate sedang bahagia.  memang tak sangka! shock gile bila mood sedang bersiar-siar di facebook, tengok sorang coursemate dah in a relationship with _________. mujur tak langgar pokok.  haish! mana datang pulak pokok kat facebook tu. semoga mereka berbahagia ke akhir hayat.




saya kan suka tengok orang bahagia, walaupun masa saya belum tiba.  saya sabar.  mungkin dengan kesabaran kita tu, Allah akan kurniakan yang lebih baik untuk kita. amin~ sangat berharap.


# senyum.. tak perlu kata apa-apa..