Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

tentang sesuatu yang tak pasti

Diya Edhayaa | 1:42 AM | 2Comments |
huarggghhhh! tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  aku bukak blog, rasa nak menulis tentang sesuatu.  sesuatu yang aku pun tak tahu.  hahaha. ini memang betul-betul lost agaknya.  kesibukan semester ni memang sedikit menghalang aku untuk bergiat aktif dalam bidang menulis blog ni. aha! ayat nak artis ajeee... kan aku dah cakap aku tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  tu yang aku free hand, taip je apa aku nak taip, yang melintas sekali lalu dalam otak, terdetik di hati.  hehe


kalau korang baca entry lepas-lepas, tau lah aku tengah sibuk ngan menda apa sekarang ni.  praktikum fasa 1.  sebulan.  tapi bagi aku cukup untuk memberi impak besar dalam diri.  masa ini, kau akan tahu kemampuan kau setakat mana.  kau akan tahu yang nak jadi pendidik tu bukannya senang.  kau akan tahu betapa susahnya nak bagi student kau faham sesuatu benda.  kau akan tahu betapa bergunanya otak dan akal yang Allah kurniakan pada kau yang selama ini kau simpan, tak bagi pun neuron2 dalam otak bermain-main dengan riangnya.


dan sebulan ini jugaklah aku rasa aku dapat melupakan SESUATU yang dah berlaku tu.  tak nafikan, baru-baru ni memang aku hangen jugak.  ntah.  rasa cam over sangat.  maaflah.  masih pada tahap pemulihan.  tapi, sehari ke sehari, ada rakan-rakan, hausmate, RPH, BBB, berjaya membuatkan aku pikir benda tu tak penting pun.  dia dan hidup dia. aku dan hidup aku.  "sejuta kali fikir pun, sekali pun dia tak pernah fikirkan tentang kau."  ini masa dia, masa kau akan tiba.  think positive.  


emmm... terlalu banyak benda yang nak dikejar.  terlalu suntuk masa yang ada.  terlalu. terlalu. terlalu.  dan tak ada siapa pun yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri.  renung dan fikirkan.  realiti kadangkala menyakitkan.  realiti selalunya tak seindah mimpi.  realiti kadangkala tak seperti yang diimaginasi.


# cukup sekali, takkan terulang lagi.  kuatkan hati, hidup dalam realiti.


Thursday, March 15, 2012

senyuman plastik

Diya Edhayaa | 9:10 PM | 1Comments |


sedang mengukir senyuman plastik di wajah sendiri kala ini.  senyuman yang tak seindah Terukir di Bintang dendangan Yuna.  memang segalanya adalah PLASTIK! prentending to be okay.  buat macam tak ada apa-apa. memang pada mulanya, hanya terkejut.  lepas tu, aku cool. macam ais.  tak fikirkan sangat.  just counting the days.


dan bila tarikh itu, aku okey lagi.  dengan kawan-kawan yang nakal, ceria buat aku lupakan seketika 'perkara' itu.  tapi bila aku teringat, aku akan bertanyakan perasaan kawan yang mengalami benda yang sama dengan aku.  pap! terasa juga.  dan bila tiba betul detik itu, aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah, pulang dari bergembira dengan rakan-rakan.  aku lihat jam, melepasi waktu Asar.  ya Allah, selamat sudah segalanya.


sehingga aku berada di rumah, benda yang sama aku juga aku fikirkan.  dan SEMALAM, HARI INI.... tertengok dengan mata sendiri.  menipulah kalau aku katakan yang aku tidak sedikit pun terasa.  argghhh!! jujur, aku tenggelam dalam keputusan.  secara jujurnya, memang aku sedang berpura-pura saat ini.  berpura-pura dalam realiti yang harus aku terima.  aku harus kuat! tidak sekali-kali akan ku alirkan titisan jernih itu. tidak. tidak.


#  maaf.  emosi kurang stabil.




Tuesday, May 3, 2011

tersenyum tersengih dah rupa kerang busuk

Diya Edhayaa | 2:05 AM | 7Comments |
lama kot tak update ape-ape. semua ni gara-gara bercuti di rumah manis rumah. ehe. dan mood nak berblog manis blog pun tak de. cuma, sepanjang cuti 4 hari ni, agak senyum tanpa henti tak ketahuan hala *bak kata yuyu zulaikha si comel. 


 apakah yang telah berlaku..? apa..? apa..? heh! tak nak cerita. cuma nak senyum je.


tadi pun dah tengok seorang coursemate sedang bahagia.  memang tak sangka! shock gile bila mood sedang bersiar-siar di facebook, tengok sorang coursemate dah in a relationship with _________. mujur tak langgar pokok.  haish! mana datang pulak pokok kat facebook tu. semoga mereka berbahagia ke akhir hayat.




saya kan suka tengok orang bahagia, walaupun masa saya belum tiba.  saya sabar.  mungkin dengan kesabaran kita tu, Allah akan kurniakan yang lebih baik untuk kita. amin~ sangat berharap.


# senyum.. tak perlu kata apa-apa..


Saturday, April 23, 2011

redha apa adanya

Diya Edhayaa | 10:06 AM | 3Comments |
kita tak boleh paksa orang ikut hati kita.

sebab kita sendiri pun tak suka dipaksa.

kita kena terima segala ketentuan dari-Nya.

bila sesuatu itu bukan untuk kita, maka ianya tetap takkan jadi hak milik kita.

biarpun berusaha, berdoa..

namun, seandainya dia jadi hak milik kita, alhamdulillah.

bersyukur.

bila dia bukan untuk kita, janganlah pula berdendam.

dan apa yang kita ada hari ini cubalah hargai,

sebelum kehilangannya untuk selama-lamanya.



*aku redha dan mengalah.

Friday, April 22, 2011

muktamad

Diya Edhayaa | 11:02 AM | 2Comments |
pengakhiran.


titik.

noktah.

tiada bersambung.

cukup setakat ini.

maafkan segala silap dan salahku.

aku tak mampu lagi untuk teruskan.

semoga dapat yang lebih baik.

simpan saja semua kenangan yang tercipta.




♥--*Allah knows best*--♥

Tuesday, April 19, 2011

putus di tengah jalan | apa kes?

Diya Edhayaa | 10:05 AM | 10Comments |
hye hye korang semua..! ape khabar..? masa tengah duduk duduk menung depan laptop semalam, aku terfikir tentang satu situasi. ianya cinta terhalang ataupun cinta terlarang. mesti pernah dengar kan. cinta terhalang ni bagi aku susah jugak. yelah, kadang-kadang si gadis dan sang jejaka dah saling menyayangi satu sama lain , tapi ada pulak benda yang menghalang.


tapi dari observation akulah kan, sometime cinta ni terhalang sebab:


1) sejarah silam keluarga

contohlah kan, aku bagi satu situasi ni. mak korang pernah bercinta dengan bapak yang lelaki tu. masa tuh tah zaman kebaya nyonya duk femes, zaman menari twist, pakai spek mata hitam macam p.ramlee. perghhh! cair masa tu. tup! tup! dorang ni clash. bila semua dah bawak haluan masing masing, tak jumpa entah berapa puluh tahun dah pastu jumpa balik. maybe masa abes mesyuarat JKKK kampung. tak lama lepas tu, mak korang dapat tahu, yang korang ni bercinta dengan anak si polan, terus suruh putus. boleh jadik jugak maybe sebab orang tu pernah curik kambing ke ayam ke. aisehhh..



2) ada sifat prejudis terhadap sesebuah negeri

ni pun satu hal jugak. korang dah bercinta bagai nak rak. dah canang sana sini. relationship kat facebook siap married, engaged bagai. pulak ada yang  dah siap buat fanpage lagik yang korang ni tengah duk hot bercinta. pastu ramai pulak yang like. ecewah! berbunga sakura-mawar merah-tulip-daisy semualah. then, korang pun cerita kat mak bapak yang korang ada awex/pakwe dah. "mak, angah ada awex/pakwe dah. orang ******. "hah?!!! orang ******?? putus sekarang! SEKARANG!"... so?? nampak macam tersepit kan. padahal sebab negeri je.



3) orang ketiga @ 3rd person
tak dinafikan jugak yang banyak kesah cinta ibarat ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari sebab orang ketiga.  yes! orang ketiga memainkan peranan besar dalam hubungan korang.  contoh la kan, korang ni bercinta dah setahun ke, tiba-tiba datang orang ketiga yang cuba nak rapat-rapat dengan awex/pakwe korang. ayat pulak... perghhh!! manis coklat cadbury pun x mampu tandingi.. manja die adik bongsu korang pun tak macam tuh. tak pon yang spesies tak gheti gheti nak cari boipren girlpren len. nak jugak yang  orang tuh.


4) kata cinta tapi main skandal
yang ni pun macam hampeh jugaklah. paling teruk bila dah berjanji setia, "b sayang cyg", "papa love mama sangat-sangat", "baby tak boleh hidup tanpa bie taw". ehhhh!! ayat cinta kau. kalau aku pun... eh! tak mau cakaplah.  bukan maen sayang love cinta kasih intan payung, tapi rupanya ada skandal kat belakang kita. nak tunggu lagikk ke kalau dah jelas terang tak payah nak bersuluh guna torchlight berkuasa bateri eveready.



5) last hujah, sikap diri sendiri
sikap kita ni selagi tak ubah, tak payahlah. memang bukan senang nak ubah sikap yang dah sebati dengan diri kita.  even, kucen pun kalau kita nak ajar dia buang air kat tandas pun tak boleh suruh sekali dia terus buat.  dan lagi satu, contohnyalah korang pernah admire kat seorang laki kacak macam Ashraf Muslim ke, cun macam Lisa Surihani ke, tapi sampai dah bercintan cintun pon tak gheti lagi nak lupakan dia. ish! aku pun tak gheti la nak cakap camne.



kalau korang ada pengalaman, share lah sikit dengan aku.. huhu.. aku tengah dengar lagu Cinta Terlarang, Mahkota Band punya lagu..



Sunday, April 17, 2011

bukan semua orang macam kita

Diya Edhayaa | 7:21 PM | 6Comments |
jangan samakan hidup kita dengan orang lain.

jangan fikir jalan orang lain pun lurus macam kita.

jangan ingat orang yang sentiasa senyum di bibir tidak menangis di hati.

jangan fikir orang sentiasa ketawa tapi di hati dia ketawa juga.

jangan mendesak jika seseorang itu tidak suka.

kadang kala kita perlu ingat, tidak semua orang sama macam kita.



*aku berkata atas situasi.

ditelan mati emak, diluah mati bapak

Diya Edhayaa | 2:36 PM | 2Comments |
tersepit dalam dua keadaan bukannya senang, 

ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak,

tapi orang takkan faham,

cakap macam macam,

padahal kita langsung tak terniat,

kita tak cakap sebab kita takut mengguris hati orang,

adalah lebih baik diam dari berkata-kata,

lebih baik memendam rasa dari bercerita,

tapi, mana ada orang nak percaya.




*aku terasa ingin berehat dari segalanya.

Saturday, April 16, 2011

belajar untuk menerima

Diya Edhayaa | 7:28 PM | 8Comments |
hidup kita ni dalam realiti, bukannya fantasi. 

kita hidup dalam dunia sebenar, bukannya dalam mimpi. 
 
memang mimpi itu indah, tapi ianya cuma sekadar mimpi. 

walaupun indah, tak mungkin akan hidup di alam realiti. 

tapi jika ianya hidup, itu rezeki.

kenyataan itu kadangkala membuatkan kita susah untuk menerima.

susah untuk menelan pahitnya.

susah untuk menghadapi segalanya.

tapi itulah kenyataan.

mahu atau tidak, pahit atau manis, suka mahupun sengsara,

tetap perlu menerima.

kerana ianya tetap kenyataan...



*aku menulis dalam sedar.

jangan buat kerja bodoh

Diya Edhayaa | 2:12 AM | 2Comments |
hidup mana yang tak ditimpa masalah,
tak kira besar mahupun kecik,
semua orang pun ada problem,
tapi lebih menyesakkan bila problem tu, kita sendiri yang cari,
kita sendiri yang cipta,
sampai menyusahkan diri sendiri.

tersepit dalam dua keadaan,
seksa!
keliru!
buntu!
hati sendiri pun dah tak tahu,
kadang terasa macam buat kerja bodoh,
plizzz!! stop it..
semua dah jelas oke..
JELAS!



ya Allah, bantulah hambaMu ini.. berikanlah petunjuk kepadaku.. sesungguhnya, aku keliru dan rasa tersepit Ya Allah...

:(

Monday, February 28, 2011

what a busy week

Diya Edhayaa | 10:08 PM | 4Comments |
tiba-tiba mood hilang..
as a part time blogger macam aku ni, normal ke heh..
macam macam benda pulak minggu ni..
taim taim nak balik ni lah macam macam benda nak ada..
senang cerita, minggu ni memang busy giler giler giler..
phewww~
jumaat, cepatlah kau tiba...





Thursday, February 24, 2011

aku geram dengan pemilik blog K.A.B

Diya Edhayaa | 12:51 AM | 3Comments |
ish! geram sungguh la aku..
 rasa nak tembak tembak je dia dengan tiga ratus tiga puluh tiga das tembakan..
lantaklah dia nak marah aku ke hape..
aku tetap geram dengan dia..
huh!


sapa K.A.B tuh sebenarnya..???
korang kenal?
ahli muzik ke dia tu..?
ke pereka fesyen terkenal...?
ataupun jejaka hawts masa kini yang berwajah korea menjadi igauan para gadis semasa...?

hahahahaha..
terkena sudah.. dia tak de buat salah apa pun dengan aku..
tapi kan.. tapi kan...
dia adalah follower aku yang ke-333..
nombor cantek tuh..
boleh buat beli nombor ekor..
eh! jangan.. aku gurau je..
berdosa weyh main nombor nombor ekor ni...



so, di malam yang sunyi bertemankan cengkerik dan katak
*kira muzik iringan ah ni
aku nak bagi la award 333th follower kat tuan empunya blog...
aku sempatlah print screen masa beliau follow aku..
tapi kerana kesibukan yang melanda sampai aku rasa perlukan 48 jam sehari,
tak sempat nak bagi award ni..


thanx for being my follower... =)
mintak mahap la saja nak emo emo di awal entry..
otak ting tong duk siapkan tugasan yang kian bertambah..
nantilah aku update lagi entry yang lain..
huhuhu...
selamat malam sayang semua readers dan follower ku...

:)



Thursday, February 17, 2011

harap maaf

Diya Edhayaa | 8:34 PM | 9Comments |
mood aku kurang stabil..

aku rasa sangat stress dan aku rasa aku nak balik rumah.. 

aku nak cari ketenangan kat rumah..

AKU STRESSSSSS....!




:(