Thursday, March 8, 2012

buat teman-teman

Diya Edhayaa | 3:03 PM | 4Comments |
assalamualaikum.  sedar tak sedar, dah dekat nak cuti mid-sem pun.  tak sabar rasanya nak bercuti.  tambahan lagi, aku akan ke Terengganu awal cuti ni.  aku pun dah masuk semester 5, tahun ke-3 degree, bakal menempuh satu lagi fasa baru pembelajaran iaitu praktikum.  dua hari ni, rasa nak habiskan sisa-sisa masa yang ada bergurau senda dengan kawan-kawan.  


semalam, main petanque dan bola tampar.  walaupun main merapu2 je, tapi rasa bessssttttt sangattt.  masa sekolah dulu, kalau nak sentuh benda2 camni, memang aku malas.  tapi duduk sini, minat aku timbul.  terima kasih KPM sebab sediakan subjek PJ dalam course aku.  ^___^


lepas cuti, aku akan berpraktikum.  sebulan berpisah dengan member2.  huwaaaa! tetiba aku nak tacink pulak. hahaha. c'mon la diya, bukannya berpisah lama pun. tengah bulan 4 jumpa la balik. haha.  tapi kan.. kan.. kan.. aku mesti rindu nak 'gaduh' ngan dorang.






aku mesti rindu giler-giler nak :

# bertekak ngan Ehsan dan Ainul.. dorang suka kenakan aku. tapi aku tak amek hati pun. haha. kelakar weyhh. ada-ada je dorang ni.  oh ye! plus gelagat Anep yang buat kitorang tersenyummmmm je.. ^___^ v


# gaduh ngan roomate aku, Liena.  hari2 main kucing hostel.  lina, kalau kau baca ni, kau jangan terharu sangat tau. aku tinggalkan Cilal ngan Ceyla untuk jaga kau.  kucen berjoget tu pun boleh jadi teman kau jugak keyhh. kalau kau takut nak pegi tandas malam2, kau jangan lupa gegar pintu bilik Lala. hewhew :D


# buat sesi luahan hati kat K.ctiey.  asal ada je angin monsun timur laut ke taufan ke, mula la menyemak kat K.ctiey.  dia kan matang dari aku. *kot





# Syida..? tak payah nak rindu laa. sebab duduk sekali dengan aku.  hahaha.  teruja la pulak sebab first taim duduk luar kampus. bf die konpem rindu kat die. untunglah ada orang nak rindu. kehkehkeh XD


kesimpulannya, aku mesti rindu koranglah - Adib, Farid, Nan, Din, Pi, Maru, Nizam, Quya, Yaar, Yuu, Rossa, Atie, Zura, Iffa, Farah, Ada, Bell


kbai!~

# malasnya nak kosongkan bilik untuk cuti mid-sem.




Tuesday, March 6, 2012

praktikum fasa 1 - tinjauan

Diya Edhayaa | 2:39 PM | 4Comments |
alhamdulillah, masih bernafas sehingga ke saat ini. mata mengantuk, tetapi terasa ingin juga mencoretkan sedikit mengenai praktikum yang akan aku jalani selama sebulan bermula 19 Mac hingga 13 April. masa semakin hampir. degupan jantung semakin laju. aicehhh! kemain.. haha. tapi mungkin inilah perasaan yang dialami oleh senior2 aku dulu. teruja ada, berdebar ada. almaklumlah, pertama kali menjadi guru praktikal. hehe


so, semalam aku baru tau senarai sekolah untuk praktikum.  agak lewat dan menimbulkan sedikit kebimbangan pada aku, takut2 tak jumpa rumah sewa. jawapannya, memang kena berulang dari kampuslah untuk ke sekolah.  dalam pukul 10 pagi, praktikummate aku, Syida bagitau, kitorang dapat Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan, Raub, Pahang.  dalam sejam jugak dari kampus aku ni.


lepas sesi memburu rakan2 yang sama sekolah, kitorang plan nak pegi tengok sekolah petang semalam jugak.   memang macam-macam pengalaman dapat semalam. hehe.  ntah berapa kali kitorang keluar masuk simpang nak masuk ke sekolah kitorang tu. aku tak mau cite panjang2 la. mata semakin memejam je ni. haha. korang tengok la sendiri gambar yang aku letak kat sini.


jalan menuju ke sekolah aku dan rumah sewa.  kat sini kawasan orang asli jugaklah.  belas atas2 sikit baru ada kampung melayu.  so, aku n practicummates yang lain, duduk rumah sewa tu.  penat weyh nak mencari rumah sewa rupanya.  ni baru praktikum. kalau dah jadi cikgu nanti, entah macam mana la pulak kan. hoho.  


ni pulak sekolah.  sekolah yang berhampiran dengan sekolah ni, SK Tanjung Gahai.  sekolah ni hanya ada 1 blok sahaja.  lepas tu, ada prasekolah dan makmal komputer.  menurut sumber yang aku dapat, sekolah ni hanya mempunyai 100+ je murid dan 13 orang guru.  masa kitorang sampai tu, sekolah ni dah sunyi sepi.  takde orang.  masa tu baru pukul 3.15 petang.  




haaa.. inilah tempat yang kitorang akan tinggal untuk sebulan. so far so good. hurmm. haha. rumah mesra rakyat.  untuk ke sekolah dari rumah ni hanya mengambil masa 3 minit! dekat kan?! :) tapi jalan untuk ke sekolah agak roller coaster sikit la. alaaa. 3 minit je. hehe.  rasa selamat jugaklah tinggal kat rumah ni. elektrik ada, pagar ada, sebelah dengan tuan rumah.  maklumlah, kami berempat ni semuanya perempuan. hihi


emm. aku rasa setakat ni je intro untuk sesi pengenalan kepada hidup di kuala koyan yang akan kitorang tempuh tak lama lagi.  lain-lain cerita, next-next-next entry. 


kbai!~