Showing posts with label dunia pendidik. Show all posts
Showing posts with label dunia pendidik. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

tentang sesuatu yang tak pasti

Diya Edhayaa | 1:42 AM | 2Comments |
huarggghhhh! tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  aku bukak blog, rasa nak menulis tentang sesuatu.  sesuatu yang aku pun tak tahu.  hahaha. ini memang betul-betul lost agaknya.  kesibukan semester ni memang sedikit menghalang aku untuk bergiat aktif dalam bidang menulis blog ni. aha! ayat nak artis ajeee... kan aku dah cakap aku tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  tu yang aku free hand, taip je apa aku nak taip, yang melintas sekali lalu dalam otak, terdetik di hati.  hehe


kalau korang baca entry lepas-lepas, tau lah aku tengah sibuk ngan menda apa sekarang ni.  praktikum fasa 1.  sebulan.  tapi bagi aku cukup untuk memberi impak besar dalam diri.  masa ini, kau akan tahu kemampuan kau setakat mana.  kau akan tahu yang nak jadi pendidik tu bukannya senang.  kau akan tahu betapa susahnya nak bagi student kau faham sesuatu benda.  kau akan tahu betapa bergunanya otak dan akal yang Allah kurniakan pada kau yang selama ini kau simpan, tak bagi pun neuron2 dalam otak bermain-main dengan riangnya.


dan sebulan ini jugaklah aku rasa aku dapat melupakan SESUATU yang dah berlaku tu.  tak nafikan, baru-baru ni memang aku hangen jugak.  ntah.  rasa cam over sangat.  maaflah.  masih pada tahap pemulihan.  tapi, sehari ke sehari, ada rakan-rakan, hausmate, RPH, BBB, berjaya membuatkan aku pikir benda tu tak penting pun.  dia dan hidup dia. aku dan hidup aku.  "sejuta kali fikir pun, sekali pun dia tak pernah fikirkan tentang kau."  ini masa dia, masa kau akan tiba.  think positive.  


emmm... terlalu banyak benda yang nak dikejar.  terlalu suntuk masa yang ada.  terlalu. terlalu. terlalu.  dan tak ada siapa pun yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri.  renung dan fikirkan.  realiti kadangkala menyakitkan.  realiti selalunya tak seindah mimpi.  realiti kadangkala tak seperti yang diimaginasi.


# cukup sekali, takkan terulang lagi.  kuatkan hati, hidup dalam realiti.


Thursday, March 8, 2012

buat teman-teman

Diya Edhayaa | 3:03 PM | 4Comments |
assalamualaikum.  sedar tak sedar, dah dekat nak cuti mid-sem pun.  tak sabar rasanya nak bercuti.  tambahan lagi, aku akan ke Terengganu awal cuti ni.  aku pun dah masuk semester 5, tahun ke-3 degree, bakal menempuh satu lagi fasa baru pembelajaran iaitu praktikum.  dua hari ni, rasa nak habiskan sisa-sisa masa yang ada bergurau senda dengan kawan-kawan.  


semalam, main petanque dan bola tampar.  walaupun main merapu2 je, tapi rasa bessssttttt sangattt.  masa sekolah dulu, kalau nak sentuh benda2 camni, memang aku malas.  tapi duduk sini, minat aku timbul.  terima kasih KPM sebab sediakan subjek PJ dalam course aku.  ^___^


lepas cuti, aku akan berpraktikum.  sebulan berpisah dengan member2.  huwaaaa! tetiba aku nak tacink pulak. hahaha. c'mon la diya, bukannya berpisah lama pun. tengah bulan 4 jumpa la balik. haha.  tapi kan.. kan.. kan.. aku mesti rindu nak 'gaduh' ngan dorang.






aku mesti rindu giler-giler nak :

# bertekak ngan Ehsan dan Ainul.. dorang suka kenakan aku. tapi aku tak amek hati pun. haha. kelakar weyhh. ada-ada je dorang ni.  oh ye! plus gelagat Anep yang buat kitorang tersenyummmmm je.. ^___^ v


# gaduh ngan roomate aku, Liena.  hari2 main kucing hostel.  lina, kalau kau baca ni, kau jangan terharu sangat tau. aku tinggalkan Cilal ngan Ceyla untuk jaga kau.  kucen berjoget tu pun boleh jadi teman kau jugak keyhh. kalau kau takut nak pegi tandas malam2, kau jangan lupa gegar pintu bilik Lala. hewhew :D


# buat sesi luahan hati kat K.ctiey.  asal ada je angin monsun timur laut ke taufan ke, mula la menyemak kat K.ctiey.  dia kan matang dari aku. *kot





# Syida..? tak payah nak rindu laa. sebab duduk sekali dengan aku.  hahaha.  teruja la pulak sebab first taim duduk luar kampus. bf die konpem rindu kat die. untunglah ada orang nak rindu. kehkehkeh XD


kesimpulannya, aku mesti rindu koranglah - Adib, Farid, Nan, Din, Pi, Maru, Nizam, Quya, Yaar, Yuu, Rossa, Atie, Zura, Iffa, Farah, Ada, Bell


kbai!~

# malasnya nak kosongkan bilik untuk cuti mid-sem.




Tuesday, March 6, 2012

praktikum fasa 1 - tinjauan

Diya Edhayaa | 2:39 PM | 4Comments |
alhamdulillah, masih bernafas sehingga ke saat ini. mata mengantuk, tetapi terasa ingin juga mencoretkan sedikit mengenai praktikum yang akan aku jalani selama sebulan bermula 19 Mac hingga 13 April. masa semakin hampir. degupan jantung semakin laju. aicehhh! kemain.. haha. tapi mungkin inilah perasaan yang dialami oleh senior2 aku dulu. teruja ada, berdebar ada. almaklumlah, pertama kali menjadi guru praktikal. hehe


so, semalam aku baru tau senarai sekolah untuk praktikum.  agak lewat dan menimbulkan sedikit kebimbangan pada aku, takut2 tak jumpa rumah sewa. jawapannya, memang kena berulang dari kampuslah untuk ke sekolah.  dalam pukul 10 pagi, praktikummate aku, Syida bagitau, kitorang dapat Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan, Raub, Pahang.  dalam sejam jugak dari kampus aku ni.


lepas sesi memburu rakan2 yang sama sekolah, kitorang plan nak pegi tengok sekolah petang semalam jugak.   memang macam-macam pengalaman dapat semalam. hehe.  ntah berapa kali kitorang keluar masuk simpang nak masuk ke sekolah kitorang tu. aku tak mau cite panjang2 la. mata semakin memejam je ni. haha. korang tengok la sendiri gambar yang aku letak kat sini.


jalan menuju ke sekolah aku dan rumah sewa.  kat sini kawasan orang asli jugaklah.  belas atas2 sikit baru ada kampung melayu.  so, aku n practicummates yang lain, duduk rumah sewa tu.  penat weyh nak mencari rumah sewa rupanya.  ni baru praktikum. kalau dah jadi cikgu nanti, entah macam mana la pulak kan. hoho.  


ni pulak sekolah.  sekolah yang berhampiran dengan sekolah ni, SK Tanjung Gahai.  sekolah ni hanya ada 1 blok sahaja.  lepas tu, ada prasekolah dan makmal komputer.  menurut sumber yang aku dapat, sekolah ni hanya mempunyai 100+ je murid dan 13 orang guru.  masa kitorang sampai tu, sekolah ni dah sunyi sepi.  takde orang.  masa tu baru pukul 3.15 petang.  




haaa.. inilah tempat yang kitorang akan tinggal untuk sebulan. so far so good. hurmm. haha. rumah mesra rakyat.  untuk ke sekolah dari rumah ni hanya mengambil masa 3 minit! dekat kan?! :) tapi jalan untuk ke sekolah agak roller coaster sikit la. alaaa. 3 minit je. hehe.  rasa selamat jugaklah tinggal kat rumah ni. elektrik ada, pagar ada, sebelah dengan tuan rumah.  maklumlah, kami berempat ni semuanya perempuan. hihi


emm. aku rasa setakat ni je intro untuk sesi pengenalan kepada hidup di kuala koyan yang akan kitorang tempuh tak lama lagi.  lain-lain cerita, next-next-next entry. 


kbai!~




Friday, December 16, 2011

syukur padaMu ya Allah

Diya Edhayaa | 5:58 PM | 4Comments |


assalamualaikum semua blogger dan sape-sape je la yang sedang blogwalking mahupun sedang membaca blog aku ni.  terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah kat blog aku ni.  blog yang tak seberapa. :) 


keputusan peperiksaan semester lepas dah pun keluar ahad baru ni.  alhamdulillah, result pun tak teruk sangat dan tak tinggi sangat.  walaupun tak dapat nak kekalkan result 2 semester sebelum ni, tapi aku dah bersyukur sangat-sangat.  sebab? ada 2 sebab.  



pertama, sebabnya aku lepas dari 'paras berjaga-jaga'.  macam banjir pulak kan.  hehe.  kedua, walaupun tak dapat result yang aku nak, tapi sekurang-kurangnya, tak kena repeat paper.  biasalah, kita kena ada target sendiri.  ikutlah apa orang nak kata.  lagipun itu usaha kita.  kita tau kita setakat mana. 



dah, tak nak bebel panjang-panjang.  nanti aku duk teringatkan 1 subjek yang membuatkan aku berfikir tengah-tengah malam.  haishhh..  :)



# pinjam ayat junior aku :  orang yang bijak dalam akademik, belum tentu bijak dalam kehidupan.




Saturday, December 10, 2011

perginya seorang pendidik ='(

Diya Edhayaa | 6:29 PM | 2Comments |
belum pun mata dibuka untuk melihat dunia pagi tadi, suara seorang ibu dah kedengaran.  


Emak:  adik, cikgu awak kat TAHAP  meninggal malam tadi.  

Aku:  cikgu mane, mak? (terjaga dari tidur)

Emak:  cikgu Awi, yang selalu jadi dj kat tempat orang kawen tu. 


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. hari ini, perginya seorang pendidik. menurut sumber yang aku dengar, arwah cikgu meninggal akibat serangan jantung. dan daripada komen-komen kawan arwah, semasa hayatnya, beliau seorang yang ceria, mudah bergaul dan sering membantu rakan semasa dalam kesusahan.  


masa sekolah menengah dulu, seingat aku tak pernah belajar dengan arwah cikgu ni.  mungkin kalau ada pun, dia masuk untuk gantikan guru yang tiada di sekolah.  tapi walaupun dia tak mengajar, dia tetap cikgu kita jugak kan.  


walau apapun, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. al-Fatihah.


< kredit to FB Jerantut Kg Ku >



Thursday, November 10, 2011

perjuangan bermula!

Diya Edhayaa | 2:06 PM | 4Comments |
assalamualaikum.  selamat tengah hari.  perjuangan baru bermula.  siap sedia dah ke pedang, senapang gajah, peluru, meriam, bom atom. eh jangan salah anggap. ni bukan nak pegi perang pung pang pung pang tu.  sekarang ni musim exam untuk student IPG.  semester ni 5 paper.  tadi baru je habis satu.  tapi bahagianya mengalahkan orang habis semua paper.  hehehe.  




zoom sikit paper apa semester ni...



inilah jadual exam semester ni.  tak keruan weyh.  dalam hati dah tak sabar nak cuti.  kadang-kadang rasa taim exam ni macam orang bercinta pun ada.  makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.  wish me luck yaww!~ :)







Tuesday, October 25, 2011

lukisan termahal abad ini

Diya Edhayaa | 6:10 PM | 12Comments |
selamat petang korang..! aku taip entry ni pagi tadi.  tapi gara-gara seharian nak mendapatkan benda yang tersorok tersembunyi keluar muka aku tu, petang baru nak post entry ni.  sebenarnya, aku nak cerita something ni. tetiba aku rasa sebijik macam aku tengah bercakap dengan kawan-baik-tempat-luahan-perasaan.  kihkihkih.  apa aku kesah.


ada satu malam tu, sorang kawan aku ni bagi satu set kertas.  maybe lecturer nak buat kajian.  kat situ ada line yang kena lengkapkan sampai jadi satu lukisan.  terpulanglah pada kita nak lukis apa-apa kan.  so, meyh kita tengok apa benda yang jadik bila dah dapat melukis ni.


page 1.  lukisan aku.

page 2.  lukisan aku lagi.

page 3. mestilah lukisan aku.  takkan lukisan mak jah pulak.  hehe :D

sampai pukul 2 pagi aku duk buat menda ni.  nak cari idea.  lepas tu, roomate aku pun sama je duk siapkan benda ni.  bila dah hampir nak siap, kitorang duk compare lukisan kitorang ni.  korang nak tengok lukisan roomate aku yang buat aku berdekah-dekah gelak pukul 2 pagi..?

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

BURUNG KEPALA BESAR..!

inilah akibatnya bila demam game Angry Bird menguasai diri.  seronok jugak main shoot-shoot makhluk ijau tu.  hehe.  tapi aku lagi tak boleh tahan tengok lukisan sorang besties aku ni.  dia lukis musang.  nak tau musang dia macam mana..?

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

INILAH MUSANG..!


HAHAHAHAHA.. serius! aku tak tahan betul bila tengok lukisan-lukisan yang kitorang dah lukis ni.  esoknya, aku tengok pulak yang jejaka dengan gegadis yang lain.  haha.  macam-macam rupa jugak.  inilah hasilnya dari kami yang berusia dua-puloh-satu-tahun.  tapi bagus jugak melukis benda-benda macam ni.  sedikit sebanyak dapat hilangkan stress.  kihkihkih. :)


Saturday, October 15, 2011

Debat IPG Kebangsaan 2011

Diya Edhayaa | 6:57 PM | 0Comments |
rasanya belum terlambat untuk aku menulis sedikit mengenai pertandingan Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG Peringkat Kebangsaan 2011.  hurmm.  untuk pengetahuan, pertandingan debat kali ni dijuarai IPGK Gaya.  tahniah!!! :) tempat kedua pula IPGK Bahasa Melayu.  tahniah juga untuk mereka.  yang datang ni memang aku tabik la, aku pun belum tentu boleh berdebat sebaik diorang.  


pertandingan ni berlangsung selama 4 hari.  tapi dorang dah datang hari ahad malam tu  untuk urusan mendaftar.  hari jumaat sebelumnya, aku dah tau aku jadi LO untuk pendebat dari IPGK Tun Hussein Onn.  


pertandingan kali ni guna sistem power-match yang mana tak ada kalah-mati pada peringkat awal.  dorang akan lawan untuk 6 pusingan.  then barulah suku akhir, separuh akhir dan akhir.  oh ye!  kampus aku lepas sehingga peringkat suku akhir.  fight dengan IPGK Bahasa Melayu.  




haa.. ni la anak-anak buah aku - shahril, arif dan hannan.  ada lagi sorang, nizam.  dorang ni semua freshie taw.  2 orang sem 3 dan yang sorang lagi tu sem 1.  nizam pulak dah sem 6.  kira senior la pada aku.  hehe.  tugas aku sebagai LO takde lah susah sangat.  just bawak dorang pegi bilik sidang, then kalau dorang jadi pihak kerajaan, aku kena jadi Yang Dipertua.  kalau dorang di pihak pembangkang, aku jadi penjaga masa.  mula-mula tu aku kalut jugak,  yelah first taim jadi urusetia untuk program besar camni.  lepas je pusingan 1, dah takde hal.  hehehe. ^__^ v


zulaikha (IPGKPMM) dan mazwan (IPGKPP)


oke. yang tengah tu namanya Zulaikha.  dari IPGK Perempuan Melayu Melaka.  5 kali dapat pendebat terbaik dalam pusingan awal pertandingan ni.  aku sempat tengok dia berdebat masa pusingan 6, tu pun sebab   dorang lawan dengan IPKTHO.  memang best wa cakap!!  tak semua aku tengok.  sebab ada tugas kan.  yang aku sempat tengok just IPGK Tawau, IPGK Perlis, IPGK Rajang, IPGK Bahasa Melayu dan haruslah delegasi kampus tercinta.  hehehe.  


IPGKTHO vs IPGKP (rukun negara hanya hafalan, bukan amalan)

suku akhir (IPGKTAA vs IPGKBM - pendidikan dan perpaduan seiring tapi tidak sehaluan)


apa2 pun, tahniah untuk semua.  walau tak menang sekalipun, tapi pengalaman juga dibawa pulang.  kerana pengalaman itu lebih berharga. *tetibe rasa macam iklan. haha =)




Friday, October 7, 2011

ku tatap mentol, ku belit wayar, ku sambung bateri

Diya Edhayaa | 10:03 AM | 3Comments |
bila aku dah dapat update blog, camni la jadinya.  kalo tak update, macam sarang tikus pun ada.  hahaha.  zaman assignment dah habis, zaman amali pula menjelma dalam kamus hidupku.  ohh!  puitis sikit ayat aku. semester ni, subjek RBT aku belajar pasal elektrik.  bendanya simple, tapi sebab dah lama tak belajar KH, ada jugak yang aku lupa.  almaklumlah.  memori bukan 16GB. hehe


kalau sem lepas aku takde amali RBT, tapi sem ni ada woo.  ada 3 amali pulak tu.  paling best masa amali first.  kena buat litar selari dan litar siri.  aku masuk-masuk je bengkel, tengok dah penuh alatan kat atas meja.  ni sah-sah nak buat amali.  rupanya,  lecturer nak suruh lukis pelan litar je dulu.  hahaha.  litar nya buat lain kali. fuhhh!  macam budak baru belajar je rasanya.



okei, gambar atas tu litar siri ye murid-murid.  yang bawah tu litar selari.  jangan tertukar pulak. lepas tu, amali ke-2, pemasangan plag 3 pin.  ala yang selalu ada kat alatan elektrik.  yang ni kena tau lah wayar ijau sambung kat mana, wayar biru wayar coklat..  2'2 amali ni buat dua orang.  


disebabkan amali plag ni guna 1 wayar 2 plag, aku rasa macam kartun pon ade.  catdog! hahaha.. catdog.. catdog.. catdog.. amali yang terakhir plak, sambungan soket penyuai kalo tak silap ak.  dengan lampu pendaflour.  hoho.  lepas ni, kalo rosak lampu kat rumah aku, boleh laa aku repair kan. hehehe :D

jangan sekali-kali ingat ini sosej. hekhekhek



alhamdulillah, 3'3 amali dah setel.  minggu depan sibuk dengan debat pulak.  oh!! bukan aku yang masuk debat.  aku urusetia je.  hehe.  selamat datang ke kampus saya wahai pendebat-pendebat sekalian. :)



Tuesday, September 20, 2011

anak-anak abah masuk kampung

Diya Edhayaa | 12:51 AM | 9Comments |
phewww.. berzaman baru nak tulis entry.  kan aku dah kata, aku sebok macam YB.  haha.  sebenarnya sehari je lepas balik cuti raya hari tu, aku pergi berBIG. oh! BIG sebelum ni mungkin bukan program yang memBIG kan badan, tapi kali ni, kebaboom larh aku cakap. hehehe. BIG ni sebenarnya Bina Insan Guru.  kali ni program anak angkat. duk umah keluarga angkat kat Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang.



tema BIG sem ni khidmat masyarakat, dan lebih kepada hubungan kita dengan masyarakat.  yelah, nanti kalau dah jadi cekgu betol, duduk dalam komuniti yang macam-macam. kira macam pendedahan awal la.  tapi kali ni BIG memang best.  aku and the gang (tak ramai pon satu rumah, 12 orang je.. hahaha) dapat mak angkat yang namanya Mak Ani bapaknya Pak Ambiah.  haruslah panggil mak dengan abah kan. hehehe.


duduk kat sini, bukan keje makan tido aje yepp.  tapi kami ada program sendiri.  dan yang paling mencabar, tiba-tiba kitorang dapat 1 task - KENA MASAK LEMANG! aku haram tak pernah pun buat menda alah yang boleh kata memang fevret aku larhhh taim raya.  yang aku tau, makan je. hahaha.  masa tu kena cari buluh lemang, daun pisang, pulut, santan.  pastu mak angkat kami masak rendang memang terbaek punyalah..!! perghhh.. lagi satu mak dengan abah ni memang terer masak. siap ada kedai makan euww..


malas nak tulis panjang-panjang, kita layan gambar je la eyhh.  aku ni memang tak boleh berenti kalo dapat menulis.  hahaha.  layan..!!~

DAY 1---> taklimat, pembahagian keluarga angkat, jalan-jalan pusing blok, bincang utk malam kebudayaan

muka-muka tak sabar nak dapat family baru.. ^^,

semangat anak2 Malaysia!

sape brani nak wt style ak..?

abah kami..!

anak sape la ni.. haha

rupa macam budak nak lari pagar sekolah.

ini agenda wajib. huehuehue.

DAY 2 ---> buat program motivasi utk murid Tahun 4 & 5 di SK LKTP Felda Mempaga 1, prepare utk masak lemang, bakar lemang, penilaian lemang masa malamnya *first taim aku rasa lemang jagung yang dak laki bakar.



muka penat balik b'game dengan budak2 sekolah. :)

kami memang suka buat muka hodoh. hik!

encik KU yang sangat rajen. oh! 'abang long' mane..?
 masa malam penilaian tu, sekalilah dengan malam kebudayaan.  course aku kena buat persembahan choral speaking.  memang dasat jugak lah preparation kitorang.  lagi beberapa minit nak perform, baru training.  pape pon, Maru yang jd conductor memang terbaek!! hehe.  nanti aku kenalkan siapakah yang bergelar Maru dalam next entry.  dan yang paling best, kitorang dapat no.1..!! hoyeah.. :D

[ ANAK-ANAK ABAH DAN MAK ]
yaar, quya, diya, yue, farah, ctiey, lyna, gouri, cieda, dylla, dhina, zura



rindu nak pegi sana..!


Sunday, September 11, 2011

sana sini job lepas raya

Diya Edhayaa | 9:08 AM | 4Comments |
kemaen tajuk. hahaha. banyak gila kerja sekarang ni. aku rasa dalam bulan september ni, agaknya entah berapa kali je la aku masuk kuliah. esaimen lagi. oh tidakkkk...! mari baca jadual hidup aku.



6-8.09.2011 - Bina Insan Guru Fasa Ke-4 (dijalankan di Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang)

12.09.2011 - amali fotografi (Cameron Highland, Pahang)

14.09.2011 - Hari Kesihatan Kampus - anjuran BSMM IPG aku (kat kampus je lah)

20-23.09.2011 - perkhemahan bersepadu unit beruniform (kat Tanjung Gosong, Pekan, Pahang)

23-24.09.2011 - Kursus Raid Cross Kebangsaan (ntahla kat mana.. huhu)

hujung bulan September, tak silap aku ada pertandingan debat IPG peringkat kebangsaan kat maktab aku. sekelas pulak jadi urusetia. mungkinlah. fuhyoh! tak berenti makkk cakap haa..  aku harap bulan 10 nanti takde lah sibuk sangat macam ni.  



#  Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 otot untuk mengerutkan wajah. Jadi, marilah kita senyummmm.. ^____^



Friday, September 9, 2011

cikgu seminggu sebelum cikgu berbulan-bulan

Diya Edhayaa | 7:38 AM | 7Comments |
ping pong pung peng~~ haip2! ketepi.. aku nak hapdet belog yang dah macam sarang tikus.  sebijik haa.  langsung tak hapdet.  bangun pagi ni dengan azam 'aku nak hapdet belog. aku nak hapdet belog. aku nak hapdet belog.' semangat kan aku. hekhekhek

dalam bulan puasa baru ni, aku menjalani tugasan PBS untuk kali terakhir.  lepas ni praktikum la pulak.  hukkkzz~ PBS terakhir ni, aku buat dekat je ngan rumah aku dan aku pun pernah menimba ilmu di sini.  ibarat sirih pulang ke gagang. aicehhh! entah betul ke tidak perumpamaan aku ni. 


sekolah pilihan kali ni SK Temin. 

dulu kecik ketot je beratur kat sini.  sekarang... macam bom pon ade. muehehe.. :P





masa ni pulak kena observe cikgu mengajar Kemahiran Hidup.  actually, ni cikgu sejak zaman aku sekolah kat sini lagi.  kira guru lama lah.  dia mengajar memang best.  aku ingat lagi, masa darjah 5 kitorang kena buat tanaman hiasan.  penuh depan kelas dengan bunga-bungaan. hehe.



kelas 4 Sejahtera yang membantu aku menyelesaikan tugasan PJ. fuh! bulan puasa kena aja PJ.  mujur 30 minit.  kalau sejam, aku tak taulah budak-budak ni.  boleh jadi minum air paip. huhu.  kelas ni ada 35 orang semuanya.  tapi masa hari jumaat tu, tinggal 25 orang je.  ramai kot tak datang, nak raya dah masa tu.




apa yang menariknya, sekolah ni merupakan calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT). lepas raya ni, dengar khabarnya, memang sibuk bebenorlah warga sekolah.  sekolah ni tak silap aku sekolah terbaik.  tapi yang terbaik tu takkan jadi kalo takde kerjasama antara warga sekolah macam GB, guru kanan, guru, murid, staf sekolah, makcik kantin, pak gad. oh ye! pak gad sekolah ni memang peramah.  siap pandai komen orang lagi.  hatoyai.. = ="



Monday, March 7, 2011

namaku bukan namamu

Diya Edhayaa | 11:38 PM | 3Comments |
sudah second day PBS.. semalam dah jumpa tempat ni.. tapi hari ni baru nak snap gambar kat sini..betul betul suka dengan yang ini... 

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




selamat malam semua.. tak larat meyh.. penat seharian jalan-jalan... esok kena bangun awal lagi...

:)