Wednesday, May 9, 2012

cukup, jangan sebut lagi

Diya Edhayaa | 12:04 AM | 3Comments |
sejak akhir-akhir ni, aku rasa aku rajin pulak bukak blog malam-malam, then post entry. nak kata takde keja, ada je. mata dah separuh celik, roomate dah berbungkus dalam blanket.  aku masih di meja study.  bukan study, tapi menaip entry. haha.  sekarang study week, tapi mood study belum tiba.  nota? hak alaaa.. baru 2 bab yang ada.  yang takde, berbab-bab.  eh! bagi habis KOT dulu baru  study mady neh.  



pagi tadi, ada acara merentas desa.  aku ngan member2 kelas aku kena jaga checkpoint. kiranya, tak berlari pun macam sem lepas-lepas.  dalam duk syok-syok aku tengok junior + senior berlari.  ada satu entiti.  oh! takpe kan aku gelarkan dia sebagai entiti.  tak perlu rasanya aku sebut nama dia.  aku dah dapat agak apa yang aku akan kena kejap lagi ni.  sebab minggu lepas masa raptai pun aku dah kena.





secara seriusnya, aku sangatlah tak suka aku dikait-kaitkan lagi dengan orang yang dah jadi sejarah dalam hidup aku.  dia dah jadi sejarah.  aku rasa tak perlu lagi untuk sebut-sebut nama aku depan dia.  tak perlu lagi untuk beritahu aku yang kau nampak dia kat mana, dia buat apa.  plizz lah. aku tak emo.  tapi bila selalu sangat, aku jadi tak selesa.  benda yang dah setahun lebih berakhir, rasanya tak perlu lagi untuk disebut-sebut.  biarlah dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. diharap sangat jangan lagi cerita-cerita tentang dia pada aku.  




# bukan entry emo.  cuma mahu kamu-kamu-kamu faham keadaan aku.