Thursday, November 22, 2012

tersalah cakap

Diya Edhayaa | 11:00 AM | 0Comments |
assalamualaikum cinta-cinta hati sekalian.



aicehhh! sejak bila pandai bercinta ni.. sejak bila..? cuba bagitau sikit. kuikui. punyalah lama tak update blog. bila duduk rumah dan sibuk dengan hal yang tak tentu arah ni mulalah nak berblog pun payah amat.  lagi-lagi masa sekarang sibuk berjuang nak habiskan belajar memandu. belajar memandu kau tau..?! haha. aku lepas ni nak part-time bawak lori sawit lepas dapat lesen. ngahahaha~  


baru ni aku duduk rumah pak sedara aku yakni adik bongsu mak aku.  kalau taim tak cuti sem pun selalu je aku merempat kat rumah ayah cu aku ni.  dia bahasakan aku pada anak-anak dia 'kak long'.. see? special je. dengan kazen lain yang bawah umur  semua panggil 'kak nina'.  sampai anak-anak sedara pun dah ada yang panggil 'cik nina'.. tapi pahang ni takde la sebut nina, sebutnya 'Nine' jugak. kehkeh



anak-anak dia 3 orang lelaki, tapi semuanya kecil lagi. so korang tak payah nak mengorat adik-adik sepupu aku, sekali aku karate kang! hekhekhek.  aku gelarkan dorang as "Triple F" sebab semuanya nama bermula dengan huruf F - Firdaus, Fitri dan Farhan.  




Firdaus aka Along dan Fitri aka Angah adalah geng berperang aku dekat rumah.  kalau Along kena perang dengan aku sebab hal-hal pelajaran.  Angah kurang sikit kena perang dengan aku, kecuali ada masa-masa yang kebuasannya berada pada tahap kritikal. si Farhan pulak takde sebab nak marah sebab dia bukan paham pun plus aku nak pegang dia pun takut-takut lagi. maklumlah, baru 2 bulan. kang terpatah riuk anak orang puas aku nak menjawab. lagi satu, Farhan ni baby Hari Malaysia.  hoho. 


aku kalau dengan Along tu, mesti nak gelak je sebab dia selalu salah istilah, salah sebut.  sebut ikut suka dia. hahaha. salah satunya : 




aku : along, amekkan manggis lagi sebiji.
angah : biar angah amek! *cepat2 berebut bakul buah dgn along*
along : kak long, amek yang ni..!
angah : kak long, amek la yang ni..*bagi manggis kecik*
along : yang tu kan kecik, mana masak lagi.. tak cukup umur..
aku : !@#$%^&*()_+


# manggis tak cukup umur kau haaa.. HAHA!


pastu masa aku otw nak pegi driving school... 

along : along pndai bawak kete...
aku : mana along tau?
along : ye laa.. along selalu tengok engku bawak.. along tau laa..
aku : ye lah along tu..
along : betul.. yang tu ti klok ti klok.. 
aku : !@#$%^&*


# ti klok ti klok adalah signal ye kawan-kawan.. HEHE!


yang ni pulak masa dah nak balik, singgah beli makanan sikit. dia nak cakap dadih, tapi sebab dia pun jenis cakap laju macam aku, maka terkeluarlah "dadu"..! hahaha.. sabor ajelah..





0 3 orang hijau bagi komen: