Monday, December 3, 2012

penantian 9 bulan

Diya Edhayaa | 1:09 PM | 10Comments |
assalamualaikum...



hari ni mood aku memang baikkkk sangat! SANGAT! okey. hehe. penantian aku ni bolehlah diibaratkan seperti ibu mengandung yang selamat bersalin. haha. hiperbola! pagi tadi lepas solat Subuh, aku sambung tido sebantal dua.  takut kang mengantuk pulak, kot laa dapat turn last sekali ke apa. debor tak payah cakaplah, dari malam semalam lagi. duk mengira hari dah sekian. nak buat macam mana, orang penakut dan confident level yang rendah memang macam ni.




lepas je bersiap, tengok jam dah pukul 8.45, cikgu aku kata kena ada kat IM pukul 9. tak sempat pulak kang.  menepati masa lah kononnya. cewah! :p sempat sambar sekeping roti kosong dengan air masak je.  nak makan benda lain pun tak lalu dah.  sekeping roti tu pun tak habis. huhu.  pakai kasut dalam kereta, terus vroommm pak cik aku hantar pegi IM.  



sampai je kat sana, amik nombor giliran. kan nak exam. haha. tapi amali la kan, yang teori dah lepas bulan 2 dulu.  then, bawalah diri dengan hati yang tak berapa kental dan cuba bagi semangat kat diri sendiri, duduk kat tempat menunggu.  nasib baik ada kakak2 yang nak test sekali tu peramah belaka.  sedap bersembang. kurang sikir deborrrnye. ahaha. :D pastu encik JPJ bagi briefing apa yang kena buat semua, terus dorang panggil yang giliran no.1 hingga no.11 pegi dekat kereta. cuak sey. cuak!


angka giliran.




then, start kereta, naik bukit, side parking and 3 penjuru.  part 3 penjuru lah benda paling aku gerun.  ramai orang cakap 3 penjuru senang, tapi aku belajar yang siap bertambah2 jam sebab benda alah yang satu tu lah. hahaha.  serius aku cakap 2 orang cikgu aku - Aunty Park Shin Hye dengan Uncle Jung Yong Hwa boleh naik stress agaknya ajar aku yang lembam sikit ni. kehkeh :p



settle yang kat dalam litar, tunggu turn nak buat test jalan raya pulak.  boleh pulak aku duk ralit tengok orang test motor sampai berapa kali orang duk panggil aku. hakhak.  alhamdulillah, lepas 2'2 test.  kakak2 yang duk bersembang dengan aku pun tadi lepas jugak, legaaa.. hihih.. 


kereta yang depan sekali tu aku yang parking masa siap ujian Bhgn 2.




sepanjang aku belajar kereta ni, macam-macam la perkara ngeri yang aku buat. kikiki.  memang takkan lupa lah.  lepas ni, bolehlah slow2 ghasak kereta abah. :D


# semangat sikit nak belajar bila gelarkan cikgu as Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa. HAHA :p



10 3 orang hijau bagi komen:

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

hhehehe..
all the best dear :)

hnahdy said...[Nak Reply!]

hana pun xpandai 3 penjuru.. sebab kena pulas stereng cepat2 pastu xdapat agak.

skrang dah ada lesen.hehehe dah boleh drift. amboi nak hiperbola jugak :P

abam ming said...[Nak Reply!]

tahniah !

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@ahsfantasy24

siap sudahh! :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@hnahdy

mmg pun.. kne pndai main clutch.. sy susah cket nk blnce, tu yg puas blaja.. hihi;

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@abam ming

terima kasihhh! :D

~cik atin~ said...[Nak Reply!]

tahniah akak. boleh la join kl drift lepas ni erk. ha3

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@~cik atin~

drift la sgt..! :D

Jojo Merah said...[Nak Reply!]

pengalaman yang menarik:)

http://inijojomerah.blogspot.com/

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

menarik..! sekali seumur hidup.. insyaAllah.. :D