Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

kegiatan zaman kanak-kanak

Diya Edhayaa | 9:15 AM | 10Comments |
assalamualaikum readers...


lama aku tak merepek merapu meraban kat sini kan.  sebulan jugak meninggalkan 'port lepak' aku ni.  haa ni baru nak menulis semula.  lepas ni, entah sempat ke tak aku nak jenguk-jenguk blog ni.  oke, tinggalkan cerita kesibukan aku.  aku nak cerita pasal zaman kanak-kanak aku.  nak kata pelik tu, aku rasa tak kot.  kebanyakan orang akan ada kesah sendiri masa bebudak dulu.


1.  basikal roda tiga jadi wheelchair
seingat aku, basikal roda tiga @ tricycle ni adalah benda yang kebanyakan orang akan ada selepas walker(yang baby guna masa mak-mak kite nak buat keje, letak kejap je dalam tu, tengok-tengok dah lepas depan umah).  masa kecik dulu tak salah aku, basikal ni warna merah ke pink gitu.  i girly okeyyhh.  haha.   masa umur berapa entah, aku konon jadi kreatif sikit la.  bakul yang ada kat belakang basikal kena cabut, lepas tu aku duduk atas palang besi then main tolak2 tayar guna tangan.  tak pasal-pasal jadi wilcha.




2.  plastik bulat-bulat
sesetengah barang baru atau tin biskut selalunya ada plastik bulat-bulat ni.  alaaa, yang ada angin kat dalam tu.  bila picit je, dia meletup.  tapi takde lah sampai meletup kebabomm-opocot-mak-kau!  yang ni pun aku suka buat main.  dalam english disebut bubble wrap. *kalau tak silap aku.




3.  cincin plastik
part yang ni aku tak berapa nak ingat sangat.  aku tak sure penutup belah dalam botol minyak atau botol sunquick yang ada benda ni.  tapi  boleh buat main-main jadi cincin.  kalau buka je botol-botol tu, aku kutip la benda alah tu, sarung kat jari.  hahaha.  tah pape je rasa dulu-dulu.






4.  ekzos basikal bunyi power
ekzos-ekzos ni main masa dah besar sikit la.  tak salah aku, darjah 3.  sepupu yang rapat dengan aku sebelah rumah je dan dia tua setahun dari aku.  masa tu basikal dia kaler hijau, aku kaler maroon.  konon nak bagi basikal tu ada bunyi vroom vroom, aku letak daun manggis.  kalau nak power sikit bunyi, letak la daun manggis kering.  tapi kalau nak try letak daun pokok sukun pun boleh kot.  hehehe.






5.  cakap depan kipas angin
selalunya, kipas meja la jadi mangsa.  buka je suis, duduk depan kipas tu, pastu cakap sorang-sorang.  aku pun tak pasti apa motif aku masa tu.  mungkin nak test suara, layakkah aku menjadi monster yang comel.  ahaks!




aku rasa ada je lagi benda lain yang aku buat, tapi aku tak ingat dah. kalau aku tiba-tiba teringat, nanti aku share dengan korang semua ea readers. serius, zaman kanak-kanak memang best.  (^_^)

# lukisan aku agak buruk. hewhew :D

Friday, September 16, 2011

lawak google

Diya Edhayaa | 7:49 PM | 3Comments |
nak try..? mudah je.  tapi bukan salah aku.  google translate yang translate kn word ni. huhuhu.  tergelak sorang aku haa.  



1- bukak google translate
2- taip perkataan beatles
3- pilih translate from english to malay
4- pastu tengok perkataan yang keluar

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


HAHAHAHAHA.. ape daa.. taip nama beatles, keluarnya siti nurhaliza.  apakah persamaan diorang ni ek..? tapi yang aku tau, Datuk Siti Nurhaliza ngan The Beatles ni menjadi pujaan peminat.. :) pastu adalah menjadi kewajipan aku untuk mentranslatekan nama aku pulak.  nak tau ape yang keluar..? jengjengjeng..
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




EDHAYAA KENCING MANIS! 

hahaha.. aku ni kencing manis.  ape daa.  tapi yang ni translate from turkish to malay.  maknanya, diya dalam bahasa turki ialah KENCING MANIS.. wuwuwuwu~ mintak dijauhkan..


 = ="

P/S : nantikan 3 hapdet from SSH yang tak menang kaki duk berjalan. thehehe :D


Tuesday, August 2, 2011

"Tuala Berguna" namanya mak.....

Diya Edhayaa | 12:06 AM | 8Comments |
bila aku teringat satu kisah ni, konfem aku rasa macam nak gelak berguling-guling.  aku pun tak tau kenapalah aku boleh buat perkara macam ni.  kalau aku teringat scene ' tuala berguna' ni, automatik aku senyum sorang-sorang.  semua ni sebab salah faham laa.. ceritanya camni.........



mak aku tengah tengok orang duk menyanyi kat dalam TV.  lagu 1 Malaysia tu.  pastu, mak aku pun tanyalah satu soalan ni kat aku..


mak: Ne (singkatan kpd Nina-panggilan aku kat rumah), sape nama penyanyi laki tuh?


masa tu, aku dengar dah mak aku tanya soalan tu.  tapi dalam masa yang sama pakcik aku tanya pasal tuala yang dia baru angkat kat ampaian.  pakcik aku memang rajin.  memang untunglah makcik aku kawen dengan dia.  sampai ada satu hari tu, member aku cakap nak cari suami macam pakcik aku.  aku pun nak cari yang macam tu jugaklah.. hahaha.


Ayah Cu: Kak Long, tuala ni yang baru basuh ke dah guna..?

aku pun selamba jawab..

aku: Tuala berguna..

mak aku yang tak dapat-dapat jawapan untuk soalan dia pun ingat aku jawab soalan dia tadi.  pastu dia ingat aku main-main jawab.

mak : ehhh.. budak ni.. mak tanya elok-elok.. main-main pulak..

aku: tuala berguna.. tuala berguna.. tuala berguna.. (sampai 3 kali pulak tu aku duk ulang-ulang)



masa tu, kazen aku dah pandang pelik kat aku.  aku pun konfiden lebih, selamba lagi jawab tuala berguna.  masa tu aku dah lupa soalan yang mak aku tanya kat aku tadi.  hahahaha.  sengal betol!  lagipun pakcik aku pun duk ulang tanya kat aku.  sebab masa tu, tv pun duk memekak.  aku jawablah benda yang betul.


rupanya, aku langsung tak menjawab soalan mak aku tadi. kesian mak aku.  bila aku dah sedar *tadi tu separa sedar kot  barulah yang aku jawab yang aku tak tau pun nama penyanyi tu.  hahaha.. kesimpulannya, jawablah satu-satu soalan tu.  jangan tak habis lagi soalan ni nak fokus, dah jawab soalan laen.


sampai hari ni, bila aku teringat je kes 'tuala berguna' ni, konfem aku terbayang kazen aku yang buat muka pelik kat aku.  pastu gelak tak hengat. hahahahaha.. adoii la..


gambar sekadar hiasan. hahaha.. "tuala berguna"

Friday, March 25, 2011

jom try ini!!!

Diya Edhayaa | 7:21 PM | 4Comments |
assalamualaikum wbt.. selamat hari jumaat..walaupun dah nak malam ni.. ermm.. actually, aku baru je berehat dari buat assignment.. almaklumlah, semua nak kena hantar minggu depan.. jadi, masa yang ada ni harus digunakan sebaiknya untuk menyiapkan segala tugasan.. maknanya, hujung minggu ni TAK PAYAH TIDO!wuuuuu...~~ katil, bantal busuk, selimut.. sila jangan goda saya hujung minggu ni...

 ok.. tadi aku g lepak kejap kat group batch aku kat FB.. baca baca dorang punya post.. aku pun tak amik tau sangat, sebab malas nak kesah kua notifications tu.. sekali, aku ada terbaca satu post member aku.. cam menarik jugaklah.. so, meh sini aku nak kongsikan...


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



hehehe.... bolehlah nak rehatkan minda.. kalau macam aku, aku kena ayat ni "aku jerit dekat polis sebab suka hati aku la..." haha.. korang teka sendirilah aku punya ayat ni dapat dari nombor yang mana... korang pulak kena yang mana...? bagitaulah.. huhu..aku nak solat maghrib pastu nak pegi makan.. lapar~ papai!!!



pssttt: hanya suka-suka, takde kena mengena antara hidup dengan mati.. lagi satu, jom solat...!!!

:)