Tuesday, August 2, 2011

"Tuala Berguna" namanya mak.....

Diya Edhayaa | 12:06 AM | 8Comments |
bila aku teringat satu kisah ni, konfem aku rasa macam nak gelak berguling-guling.  aku pun tak tau kenapalah aku boleh buat perkara macam ni.  kalau aku teringat scene ' tuala berguna' ni, automatik aku senyum sorang-sorang.  semua ni sebab salah faham laa.. ceritanya camni.........



mak aku tengah tengok orang duk menyanyi kat dalam TV.  lagu 1 Malaysia tu.  pastu, mak aku pun tanyalah satu soalan ni kat aku..


mak: Ne (singkatan kpd Nina-panggilan aku kat rumah), sape nama penyanyi laki tuh?


masa tu, aku dengar dah mak aku tanya soalan tu.  tapi dalam masa yang sama pakcik aku tanya pasal tuala yang dia baru angkat kat ampaian.  pakcik aku memang rajin.  memang untunglah makcik aku kawen dengan dia.  sampai ada satu hari tu, member aku cakap nak cari suami macam pakcik aku.  aku pun nak cari yang macam tu jugaklah.. hahaha.


Ayah Cu: Kak Long, tuala ni yang baru basuh ke dah guna..?

aku pun selamba jawab..

aku: Tuala berguna..

mak aku yang tak dapat-dapat jawapan untuk soalan dia pun ingat aku jawab soalan dia tadi.  pastu dia ingat aku main-main jawab.

mak : ehhh.. budak ni.. mak tanya elok-elok.. main-main pulak..

aku: tuala berguna.. tuala berguna.. tuala berguna.. (sampai 3 kali pulak tu aku duk ulang-ulang)



masa tu, kazen aku dah pandang pelik kat aku.  aku pun konfiden lebih, selamba lagi jawab tuala berguna.  masa tu aku dah lupa soalan yang mak aku tanya kat aku tadi.  hahahaha.  sengal betol!  lagipun pakcik aku pun duk ulang tanya kat aku.  sebab masa tu, tv pun duk memekak.  aku jawablah benda yang betul.


rupanya, aku langsung tak menjawab soalan mak aku tadi. kesian mak aku.  bila aku dah sedar *tadi tu separa sedar kot  barulah yang aku jawab yang aku tak tau pun nama penyanyi tu.  hahaha.. kesimpulannya, jawablah satu-satu soalan tu.  jangan tak habis lagi soalan ni nak fokus, dah jawab soalan laen.


sampai hari ni, bila aku teringat je kes 'tuala berguna' ni, konfem aku terbayang kazen aku yang buat muka pelik kat aku.  pastu gelak tak hengat. hahahahaha.. adoii la..


gambar sekadar hiasan. hahaha.. "tuala berguna"

8 3 orang hijau bagi komen:

sharifahzakiah said...[Nak Reply!]

hahaha ko tu kalau gelak, mmg x hengat :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hahahaha.. cyes klaka mase tu.. ak naek nk pecah perut kot..

♥ cik kieranaa ♥ said...[Nak Reply!]

haha. bongok.
ade ke tuala berguna?
ape daa..
tuala dah guna laa..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hehe. konon nk ayat cantekk.. keh3..
pastu jawab meraban~!

ainaa.syafiqah27 said...[Nak Reply!]

hehehe.. mmg berguna kan tuala tue....

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

b'guna la sgt aina oii.. haha

merahitujambu said...[Nak Reply!]

ahaha..macam2 la kamo ni...salam ramadhan...hee

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

ha3 XD.. slm ramadhan jgk..