Emak: adik, cikgu awak kat TAHAP meninggal malam tadi.
Aku: cikgu mane, mak? (terjaga dari tidur)
Emak: cikgu Awi, yang selalu jadi dj kat tempat orang kawen tu.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. hari ini, perginya seorang pendidik. menurut sumber yang aku dengar, arwah cikgu meninggal akibat serangan jantung. dan daripada komen-komen kawan arwah, semasa hayatnya, beliau seorang yang ceria, mudah bergaul dan sering membantu rakan semasa dalam kesusahan.
masa sekolah menengah dulu, seingat aku tak pernah belajar dengan arwah cikgu ni. mungkin kalau ada pun, dia masuk untuk gantikan guru yang tiada di sekolah. tapi walaupun dia tak mengajar, dia tetap cikgu kita jugak kan.
walau apapun, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. al-Fatihah.
< kredit to FB Jerantut Kg Ku > |
2 3 orang hijau bagi komen:
sabar larh. semOga ditempatkan dlm kalangan Org2 beriman.
Innalillahiwainnailaihiraajiun..
perginya seorang arkitek bangsa,
al-fatihah~
Post a Comment