Tuesday, December 27, 2011

6 cara melupakan 'si dia'

Diya Edhayaa | 3:52 PM | 9Comments |
     Lama dah aku peram entry ni. pemalas nak update.  dan semalam ada satu benda yang buat aku berkali-kali gosok mata bila bukak FB. ni baru ada hati nak update entry ni. pasal ex atau bekas kekasih. 




DELETE NO. HENFON
Aku yakin yang sekarang ni sebilangan besar pasangan kekasih contact awek/pakwe guna henfon. Kalau zaman mak ayah kita dulu, mana nak datangnya henfon.  Masa tu, duduk tepi tangga, tunggu abang posmen hantar surat.  Amboi.. buka-buka je surat, kemain lagi wangi.  Letak bedak sebotol rupanya.  Eh! Aku nak cakap pasal nombor henfon tadi.  Bila dah putus, tak payah la duk simpan-simpan lagi no henfon ex korang tu.  Kot-kot nanti tergatal tangan tertekan nombor dorang.  Kalau dia jawab baik-baik okey la jugak.  Kang kalau kena cakap terhegeh-hegeh, kan dah malu sendiri.  Orang dah tak mahu, nak tunggu lagi ke?


JANGAN JADI STALKER
Part ni bagi kekasih yang ada akaun laman sosial.  Contoh senang aku bagi, Facebook.  Budak zaman sekarang, baru sekolah rendah pun dah ada Facebook.  Maju tak maju dunia sekarang.  Bila dah ada Facebook, kalau couple selalunya status tu mesti buat ‘in a relationship’ or ‘engaged’ or ‘married’.  Bila putus, naik la status ‘single’. Hari ni ex korang putus ngan korang.  Esok, lusa, minggu depan, bulan depan blablabla, dia dengan orang lain pulak.   Kalau korang dah memang takde perasaan kat dia, takpe lah nak stalk pun.  Tapi kalau masih ada hati, tengok pulak camtu duk sayang2, baby2, ailapyu, yulapmi, lap tingkap, lap pinggan, tak ke makan hati? Jadi lebih elok, block je dia dari akaun korang.  Part ni bagi yang suka jadi stalker la dan tak dapat terima kenyataan yang dia bukan lagi pasangan korang.




BARANG KENANGAN
Selalu aku tengok kalau masa cintan-cintun, orang selalu dapat gift yang macam-macam.  Fuuhhh! Best jugak kan.  Dapat teddy bear besar orang, dapat baju cantik-cantik, dapat tali leher, dapat jam tangan, dapat blablabla.. yang boleh simpan buat kenangan.  Ada sesetengah orang, dia takde masalah dengan gift yang ex bagi zaman bercinta dulu.  Tapi ada sesetengah orang lagi, dia memang bermasalah dengan benda tu.  Ibaratnya, tengok teddy bear pun nampak muka ex. Jadi, aku ada 2 cara camne nak setelkan masalah ni.  Pertama, simpan je barang-barang tu dalam kotak.  Kedua, bagi orang lain. Kesian wey kat ex korang penat-penat berhabis beli sesuatu untuk korang, korang pegi bakar.  Lebih baik korang bagi je kat orang lain yang korang tak boleh nampak lagi barang tu.




BERFIKIR SECARA RASIONAL
Kita ada otak, ada akal, boleh berfikir.  Kita fikirlah elok-elok.  Memang masa lepas putus, kita rasa macam ‘aku sayang dia lagi.  Kenapa dia buat macam ni kat aku’.. ‘ dia banganglah! Aku yang cinta kat dia ni, dia tak nampak lagi ke?’.  Aku tau, ramai yang susah untuk lupakan bekas kekasih.  Tak mungkinlah pukul 9 pagi ni putus, pukul 9 malam dah okey.  Dah tak ingat sikit pun kat si dia.  Lagi2 pempuan. Melainkan korang pegi hantuk kepala kat dinding.  Hilang ingatan.  Janganlah sekali-kali buat macam tu.  Cuba berfikir secara rasional.  Dah bukan dia tu jodoh korang.  Jadi, tak payahlah nak meroyan sangat.  InsyaAllah, kita akan dapat yang lebih baik dari tu.


TAK PERLU DETEKTIF CONAN
sebut pasal detektif ni, ada jugak yang jenis dia tak nak tengok. tapi dia ada kaki report *zaman sekolah panggil kaki retort - apparatus dalam science lab*. kepada kawan yang nak jadi detektif tapi tak dapat, tak payah la nak jadi penyampai berita mutakhir.  dari kawan kau tak panas hati, boleh jadi panas hati tahap takat didih air.  dari nak lupakan, boleh jadi mengata pulak, memaki-hamunkan orang tu.




SIBUKKAN DIRI
yes! sibukkan diri merupakan satu jalan yang aku rasa perlu untuk lupakan si dia.  bila dah sibuk, nak ingatkan benda2 yang tak penting pun takde masa tahu!




dah, tu je aku nak membebel. haha. aku dah sasau ni, minggu depan nak balik kampus.  dengan semester baru, azam baru, hidup baru, dunia pendidik yang baru, pakwe baru. eh! pakwe baru tak ada. hahaha. 





9 3 orang hijau bagi komen:

Cik Sibuk said...[Nak Reply!]

Hahahah..bab stalker tu saya ada kawan yg jadik stalker FB ex-bf dia. Bila ex-bf dia ada gf baru, nnti mesti member tu tanya soalan..

Siapa lagi cantik? Aku ke gf baru dia?

Walaupun gf baru lagi cun, kena la jawab 'ko laaaaa..'

Heheeee

misznanarizal said...[Nak Reply!]

hehehe..kalo terjumpa hari2 mcm ne lak tu cik hijau??

Nor Azirah said...[Nak Reply!]

betul2..sy suka sibukkan diri ble nak melupakan seseorang tu.. ;)

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

hehehe..
jum cari pengganti yang lain!

syazwa said...[Nak Reply!]

aku nmpk zombi..haha

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@syazwa

ko la pengaruhi aku. haha

Amin Syah said...[Nak Reply!]

Yes i can do it

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Amin Syah

bgusla gtu..

dulin lin said...[Nak Reply!]

hahah..jom lupakan ...cari yg baru...