Monday, July 9, 2012

ujian dariNya

Diya Edhayaa | 9:39 PM | 2Comments |
alhamdulillah, masih bernafas sehingga hari ini.  syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku hidup di atas muka bumi ini.  susulan entry senyum tak tentu arah ni lah terwujudnya entry yang ni. cewwah! ada sekuel gitu. jap, jap, aku bukan pengarah filem atau drama.  cuma penulis blog picisan, buat mengisi masa lapang.  katanya hobi.




dalam entry lepas, aku ada kata yang aku sakit pinggang lepas jatuh masa main netball.  ni haa, aku dah tersadai kat rumah.  sabtu dengan ahad baru ni, aku berurutlah dengan sorang makcik tukang urut.  dia kata memang dah bengkak sangat urat aku.  aku ni dalam otak dah fikir patah dah.  tapi kalau patah, mesti tak bangun punya.  cuma aku rasa bisaaaa yang teramat bila aku nak bangun.  nak duduk pun tak boleh tegak.  tido pun tak lena. nak berjalan pun mesti nak kena pegang benda-benda yang ada kat tepi aku.



lepas dah teruk sangat semalam, aku decide pergi hospital.  pagi tu, abah dengan mak aku dah ajak pergi, tapi aku kan degil. ahaha. padan muko! lepas pergi check, aku dapat 1 injection.  ada jugak 45 minit tunggu doktor nak rawat.  aku ni kalau sakit memang manja sikit.  nak ada je mak kat tepi aku.  sampai mak aku kata kang nurse marah mak tunggu sini. lagipun mak aku tak berapa sihat jugak. 



at last, doktor pun datang rawat.  mujur dapat doktor perempuan.  MA yang rawat sebelum tu lelaki. fuh fuh!  biasalah, kalau dengan kaum sejenis ni, mestilah malunya tak sangat.  then, bila doktor check, tak patah pun.  cuma urat teralih sikit.  sebelum tu aku dah terbayang-bayang kena x-ray, kena simen. wahaha! melebih... apa-apa pun, korang doakanlah aku sihat seperti sediakala.  :)  










2 3 orang hijau bagi komen:

sue_eila said...[Nak Reply!]

lor ciannyer..k sue doakan cepat sembuh yer nine..rehat byk2 n jgn angkat benda2 berat tau.take care :)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@sue_eila

thanx k.sue.. mmg sjak 2thun kblkgn ni, xley sgt angkt bnde berat,,..pggang cpt lenguh.. duk kt kusi lme2 pn sakit..