Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

berbasah-basah di Lata Jarum

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 7Comments |
minggu ni dah study week.  minggu depan diya start exam dengan paper Pengurusan Bilik Darjah pada 19 Mei.  orang lain ni mesti dah cuti kalau yang tak buat short sem. tapi kami baru nak exam.  standard trainee IPG laa. 2 minggu before cuti sekolah, mesti exam.



dua hari - Jumaat dan Sabtu, diya sibuk dengan kursus fasilitator.  tapi hari ahad diya pergi berlibur dengan coursemate.  rehatkan, tenangkan minda sebelum bercinta dengan exam. ehe.  sambil mengepam badan dengan ayam BBQ, sosej, nasi goreng biasa, koktel, sunquick mangga dan jajan.  tahu tak apa jajan? heh.


selama diya study kat Kuala Lipis, ni kira kali kedua diya lepas kat Lata Jarum.  tapi Lata Jarum ni bukan di Lipis, tapi di Raub.  hometown roomate diya.  kalau dari sini just amik masa  1 jam jugaklah.  masa on the way pegi Lata Jarum, lalu kampung.  tenang je tengok pokok-pokok menghijau.  


tak nak bebel panjang panjang, tapi nak show off la tempat yang diya pergi ni.  memang best. 









kalau kat atas ni kawan kawan diya sibuk nak bakar ayam, tapi kat bawah ni diya nak tunjuk pemandangan sebenar kat lata ni.  tapi ni just belah atas, tak sampai bawah.  









cantik kan.  tapi yang kat bawah ni bukan duyung lah .  lata ni takde duyung. hikhikhik.



ini kami yang tidak berbasah-basah.  sebab tak bawak baju. heh.




bila dah main air ni, konfem lapar.  diya tak main air pun.  just celup celup kaki.  masa dorg merayap kat batu mane entah, diya sibuk duk bakar ayam dengan sosej.  bukan diya sorang, tapi dengan member yang lain jugak.




lepas makan, sambung berendam lagi.  opss! yang atas batu tu diya tak taulah dorang duk bincang pasal ape. huhu.. pikir nak masak ikan yang jejaka duk pancing kat belakang tu kot.







before balik, kena snap snap lagik.  yang ni diya dengan cik Cieda Montello.  pastu gambar belia wajib ada. wajib oke. hee~




seronok sangat hari tu.  gambar kat sini je dekat 1000 keping.  nasib baik dalam lapy je, kalo nak cuci semua, langsai..... hehe..


=)

Sunday, March 6, 2011

sambungan hari kelmarin

Diya Edhayaa | 11:40 PM | 6Comments |
boleh pulak aku nak buat drama kan.. ade episod episod bagai.. heh! tak kesah laa.. kan dah janji.. tak baik berjanji tapi tak tunaikan.. aku janji ape?? haaa... lupe dah.. oh! itu ayat si Lebah bila 'akak kura kura' selalu lupa ape yang dia cakap.. padahal tak sampai berapa jam pun apa yang dia cakapkan.. berbalik pada tajuk entry, aku kan ada di suatu tempat dalam Malaysia  sekarang ni... tak mau tulis panjang panjang.. meyh kita layannnnn~

-day 1-
naik kuda tepi pantai ouh.. aku jangan haraplah nak naik macam ni.. takut! tapi terasa gak nak mencuba.. suatu hari nanti... hee~



-day 2-
tentatif hari kedua, masih lagi kat pantai.. tapi kali ni minum air nyor pulak... air kelapa lah kiranya.. perghh! best woh.. sambil ditiup angin pantai.. nyaman je rasa.. tudung kelepet pun tak kesah dah.. 



masa tengah duk minum air kepala kelapa, nampak ada sorang pakcik bawak kereta kuda.. ape lagi, serbu pakcik tu pulak.. kalau nak feeling feeling cinderella boleh gak laa.. haha... 

cik snow sibuk interview pakcik uh..

kenangan ouh jadi cinderella untuk bbrpa minit... ngee~

pantai time!!!!



sempoi ah!

ni aku tak tau nak bagi tema ape punya photoshoot... merenung masa depan maybe..

aku suka gambar ni.

sunset



-day 3-
hari ketiga, haruslah dah mula pergi sekolah.. sebab tujuan asal kan nak timba pengalaman untuk seminggu.. tapi yang berguna seumur hidup.. yelah, aku kan bakal cikgu.. sekolah aku buat ni best.. tapi nantilah aku cerita lain kali.. hihi.. yang bestnya, balik je sekolah, terus pegi jalan jalan.. target hari ni, pasar payang je pun.. alih alih, sampai terminal bas, hadap pulak mi sup.. oh! sedap.. siap makan, shopping sampai naik sakit kaki laa...

sudut PPDA sekolah ni memang cantiklah..

murid dan cikgu yang sama nama.. kebetulan aku jumpa.. budak ni tahun 5..

yang ni kat pasar payang.. kiut tak kiut tak! *wekkk!

puteri duyung... ;p

selipar pink pun jalannnnn...

masa ni kat dalam bot penambang.. mujur aku tak pening..




thanx cieda selaku tuan rumah sudi bawak kami jalan jalan.. =D

muka masa ni ayam nak tengok pun pikir dua tiga kali..

ini memang PBS dua dalam satu.. pasal sekolah, nanti aku cerita lain entry ek readers2 sekalian.. hehe...

pssttt: ini entry banyak gambar.. soie....

;)

Friday, March 4, 2011

hari pertama je dah merayap

Diya Edhayaa | 10:26 PM | 5Comments |
wah! first time pegi terengganu.. sangat teruja.. hikhikhik.. maklumlah, tak pernah sampai kan.. gerak pukul 12 tengah hari tadi.. lepas tu, singgah makan daging bakar kat kampung melaka.. memang terbaik laa daging bakar kat sini.. masak tempoyak pun best.. pekat tau kuah masak tempoyak tu.. masyukkkk...padahal pagi tadi dah makan nasi ayam dengan si Lebah.. kuat betul makan.. hancus semua diet.. hehehe.. 

lepas makan tu, sambung semula perjalanan.. aku tak tido, sebab first time kan.. walaupun lalu kat jalan yang penuh dengan hutan di kiri dan kanan jalan.. sambil tu, aku pun mula la projek memekak takde suara.. memekak tapi takde suara... maksudnya, aku nyanyi je lagu yang ada dalam henfon aku.. sebab dah puas dengar lagu dalam kereta cieda.. takde suara sebab nanti menanah telinga member member aku dengar aku nyanyi penuh perasaan... hahaha..

dalam pukul 4.30, drop cik ctiey kat kelantan.. lepas tu, sambung lagi perjalanan.. pukul 6.30 gitu, dah sampai kuala terengganu.. cieda kata nak bawak aku dengan cik snow jalan jalan kat pantai.. kitorang pun on je la.. hehe.. tak silap aku, pantai teluk ketapang nama pantai tu..

ekceli, pegi sini takde pun dalam tentatif kitorang.. tentatif??? formal gtewww..  planning ah senang cerita.. cantik gak laa pemandangan pantai ni.. cik snow siap naik kuda.. aku ngan cieda naik gak.. tapi naik bangku je... hehehe... tak berani la aku nak naik..

dah puas jenjalan kat atas batu *aku berkaki ayam je, kitorang decide nak balik rumah dah.. sebab dekat nak maghrib da pun.. oh! gambar harus ada.. tapi next entry baru aku letak eh... hehehe..

gambar tiada kaitan.. saja nak tunjuk tuan punya blog ahli PBSMM.. hehehe ;)


pssttt: aku dah mengantuk plus penat plus kenyang.. sedap la nasi kuning kat terengganu ni... selamat malam semua...


=__=