Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, October 7, 2011

assignment dapur memang seronok : Resepi Kek Coklat

Diya Edhayaa | 2:00 AM | 5Comments |
assalamualaikum korang..!! wah! rindu sangat-sangat kat blog tau.  rindu nak menyinggah. rindu nak menulis. ah! rindulah semua.  hehehe.  actually, sejak 2 3 menjak ni, aku memang busy sangat. macam-macam benda nak buat.  tinggallah blog ni terbiar selama 17 hari.  lama kan.  naek kebulur dah blog aku ni. *betul kata member-member aku, aku memang tak boleh dipisahkan dengan makanan. hahaha


minggu lepas, semua assignment aku dah selamat lepas ke tangan pensyarah. ouh! heaven sangat bila dah takde assignment.  seronok gile! seminggu jugak aku bergoyangkaki - tidotaksedardiri - onlinesiangmalam.  hehe.  tapi mood nak menulis blog tu belum sampai.  so, terbiarlah blog tanpa update.

hujung minggu pulak, balik rumah.. ohhh! rindu bangat nak pum pam pum pam kat dapor.  menyebok kat mak.  sebab mak aku kurennn sikit orang ganggu dia buat keje.  tapi takde la aku jadikan tu alasan tak nak turun dapor kan.  lagipun aku ni gila memasak, gila makan. hehehe.


hari sabtu tu, 3 jenis makanan aku buat.  ala.. benda simple2 je.  taste aku.  makaroni goreng, kek coklat dengan tempe goreng cicah sambal kicap.  makaroni tu sebab dapat order dari si kecik anak pak sedara aku.  camne-camne pun, aku akan tunaikan jugak walaupun lambat.  tak sampai hati laa.  yang tempe goreng cicah sambal kicap tu dari lepas balik BIG lagi aku mengidam.  kek coklat - my fav!! first taim try buat dan menjadi..! alahai.. suka mak nokkk.. hehe.  ahad pulak buat kek coklat lagi and spagheti.  ni pun tunaikan permintaan si Cieda.


dan kat sini aku nak share la sikit resepi kek coklat ni.  aku rasa sedap dah *masuk lif kejap.  tapi aku tak tau la orang lain rasa camne.  aku tengok, pakcik bekas ketua kampung makan selera je.  hahaha.


KEK:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko (guna Van Hauten)
1 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
beberapa titik esen vanila

cara2:

  1. panaskan pengukus. 
  2. ayak tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
  3. pukul telur sehingga berbuih.  masukkan gula kemudian pukul lagi. masukkan esen vanila.
  4. masukkan bahan yang diayak tadi berselang seli dengan air suam.
  5. masukkan susu pekat dan akhir sekali minyak masak. (jangan pukul lagi, tapi juz kacau je)
  6. masukkan adunan dalam loyang then kukus selama 1 jam.

TOPPING:
1/2 bar cooking chocolate, 2 sudu butter, 1/2 sudu gula, colourful chocolate
(masak cara double boil)


senang je kan.  tapi minggu ni balik nak hentam pizza pulak la. huhuhu.  keje makan je la kau kan...

Tuesday, May 10, 2011

berbasah-basah di Lata Jarum

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 7Comments |
minggu ni dah study week.  minggu depan diya start exam dengan paper Pengurusan Bilik Darjah pada 19 Mei.  orang lain ni mesti dah cuti kalau yang tak buat short sem. tapi kami baru nak exam.  standard trainee IPG laa. 2 minggu before cuti sekolah, mesti exam.



dua hari - Jumaat dan Sabtu, diya sibuk dengan kursus fasilitator.  tapi hari ahad diya pergi berlibur dengan coursemate.  rehatkan, tenangkan minda sebelum bercinta dengan exam. ehe.  sambil mengepam badan dengan ayam BBQ, sosej, nasi goreng biasa, koktel, sunquick mangga dan jajan.  tahu tak apa jajan? heh.


selama diya study kat Kuala Lipis, ni kira kali kedua diya lepas kat Lata Jarum.  tapi Lata Jarum ni bukan di Lipis, tapi di Raub.  hometown roomate diya.  kalau dari sini just amik masa  1 jam jugaklah.  masa on the way pegi Lata Jarum, lalu kampung.  tenang je tengok pokok-pokok menghijau.  


tak nak bebel panjang panjang, tapi nak show off la tempat yang diya pergi ni.  memang best. 









kalau kat atas ni kawan kawan diya sibuk nak bakar ayam, tapi kat bawah ni diya nak tunjuk pemandangan sebenar kat lata ni.  tapi ni just belah atas, tak sampai bawah.  









cantik kan.  tapi yang kat bawah ni bukan duyung lah .  lata ni takde duyung. hikhikhik.



ini kami yang tidak berbasah-basah.  sebab tak bawak baju. heh.




bila dah main air ni, konfem lapar.  diya tak main air pun.  just celup celup kaki.  masa dorg merayap kat batu mane entah, diya sibuk duk bakar ayam dengan sosej.  bukan diya sorang, tapi dengan member yang lain jugak.




lepas makan, sambung berendam lagi.  opss! yang atas batu tu diya tak taulah dorang duk bincang pasal ape. huhu.. pikir nak masak ikan yang jejaka duk pancing kat belakang tu kot.







before balik, kena snap snap lagik.  yang ni diya dengan cik Cieda Montello.  pastu gambar belia wajib ada. wajib oke. hee~




seronok sangat hari tu.  gambar kat sini je dekat 1000 keping.  nasib baik dalam lapy je, kalo nak cuci semua, langsai..... hehe..


=)

Tuesday, March 29, 2011

aku budak bermasalah

Diya Edhayaa | 2:12 AM | 1Comments |
memang aku budak bermasalah.. so, what..? paling tak boleh bla, malam malam je mesti buat hal.. ni yang aku tak suka ni.. tapi nak buat macam mana.. seminggu dua ni , fuh! menguji kesabaran.. meningkatkan daya usaha.. eh! dah macam nak buat objektif kertas kerja.. stop it! kertas kerja BIG tak perlu tulis kat sini laa.. 


actually, aku ni kalau berjaga malam, perut mula buat hal.. apa lagi kalau bukan lapar.. eja betul betul.. L.A la, P.A.R par..  LAPAR.. huish! tengah malam macam ni bukan taim nak melantak tak hengat..

tengah duk buat diari pj, sambil facebooking.. aku rasa lapar.. tapi bukan nak makan.. aku terasa nak minum sesuatu yang sejuk dan  menyegarkan..sedapnya... nak tahu apa??

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


CARROT SUSU!!!

sedapnya kalau dapat carrot susu malam malam camni... yummy!
aku tak nak duk lama lama depan laptop ni dah.. nanti macam macam bayangan makanan sedap sedap muncul dalam otak aku... wuuu~~

selamat malam semua... 

pssttt: entry tiada kaitan dengan tajuk..

:)

Wednesday, March 23, 2011

DAIM

Diya Edhayaa | 10:48 PM | 5Comments |
DAIM..? cik abang kacak ade dslr ke.. auw.. bukan! habis tu.. takkan nama kucing peliharaan pulak.. kalau kucing, memang aku ngap ngap dah kucing tuh taim buat keje.. taim buat keje aku memang suka makan.. tak taulah kenape, sebab nak cari feel kot.. haha.. banyaklah kau punya feel.. 

assignment aku sekarang banyak gile woh.. nak termuntah aku rasa.. bukan setakat assignment yang kerja kursus tu, tugasan dalam kelas yang nak kena submit everyweek, amali, nota.. phewww~ lelah.. inilah cabaran seorang bakal mahasiswa..



tapi kan.. kan.. kan.. *sile bagi sedas pelempang.. haha.. sambil aku duk siapkan segala keje ni, aku duk kunyah kunyah Daim dari tadi.. entah berapa banyak dah aku makan.. oh ye! Daim ni sejenis coklat.. aku kirim coklat ni pada member aku yang buat PBS kat Kedah hari tu.. senang cerita, member aku beli coklat ni kat Langkawi.. aku suka rasa coklat ni.. sedap! haha.. kalau tak sedap, takdelah aku suka.. kalau sakit gigi lepas ni, aku nak salahkan Daim sebab coklat ni sedap dan aku pun terasa nak makan banyak banyak..


makan sampai rongak!


pssttt: jangan lupa gosok gigi sebelum tidur! 

:)

Sunday, March 6, 2011

sambungan hari kelmarin

Diya Edhayaa | 11:40 PM | 6Comments |
boleh pulak aku nak buat drama kan.. ade episod episod bagai.. heh! tak kesah laa.. kan dah janji.. tak baik berjanji tapi tak tunaikan.. aku janji ape?? haaa... lupe dah.. oh! itu ayat si Lebah bila 'akak kura kura' selalu lupa ape yang dia cakap.. padahal tak sampai berapa jam pun apa yang dia cakapkan.. berbalik pada tajuk entry, aku kan ada di suatu tempat dalam Malaysia  sekarang ni... tak mau tulis panjang panjang.. meyh kita layannnnn~

-day 1-
naik kuda tepi pantai ouh.. aku jangan haraplah nak naik macam ni.. takut! tapi terasa gak nak mencuba.. suatu hari nanti... hee~



-day 2-
tentatif hari kedua, masih lagi kat pantai.. tapi kali ni minum air nyor pulak... air kelapa lah kiranya.. perghh! best woh.. sambil ditiup angin pantai.. nyaman je rasa.. tudung kelepet pun tak kesah dah.. 



masa tengah duk minum air kepala kelapa, nampak ada sorang pakcik bawak kereta kuda.. ape lagi, serbu pakcik tu pulak.. kalau nak feeling feeling cinderella boleh gak laa.. haha... 

cik snow sibuk interview pakcik uh..

kenangan ouh jadi cinderella untuk bbrpa minit... ngee~

pantai time!!!!



sempoi ah!

ni aku tak tau nak bagi tema ape punya photoshoot... merenung masa depan maybe..

aku suka gambar ni.

sunset



-day 3-
hari ketiga, haruslah dah mula pergi sekolah.. sebab tujuan asal kan nak timba pengalaman untuk seminggu.. tapi yang berguna seumur hidup.. yelah, aku kan bakal cikgu.. sekolah aku buat ni best.. tapi nantilah aku cerita lain kali.. hihi.. yang bestnya, balik je sekolah, terus pegi jalan jalan.. target hari ni, pasar payang je pun.. alih alih, sampai terminal bas, hadap pulak mi sup.. oh! sedap.. siap makan, shopping sampai naik sakit kaki laa...

sudut PPDA sekolah ni memang cantiklah..

murid dan cikgu yang sama nama.. kebetulan aku jumpa.. budak ni tahun 5..

yang ni kat pasar payang.. kiut tak kiut tak! *wekkk!

puteri duyung... ;p

selipar pink pun jalannnnn...

masa ni kat dalam bot penambang.. mujur aku tak pening..




thanx cieda selaku tuan rumah sudi bawak kami jalan jalan.. =D

muka masa ni ayam nak tengok pun pikir dua tiga kali..

ini memang PBS dua dalam satu.. pasal sekolah, nanti aku cerita lain entry ek readers2 sekalian.. hehe...

pssttt: ini entry banyak gambar.. soie....

;)