Monday, November 21, 2011

si comel menikmati hidangan tengah hari

Diya Edhayaa | 4:33 PM | 2Comments |
tajuk macam tak boleh nak panjang dah. haha.  aku takde bela kucing.  mak aku tak bagi. susah nak pegi sana-sini katanya. tapi kalau ada kucing singgah sahur eh! singgah sekali-sekala kat rumah, bagi jela makan.  selagi ada makanan, selagi tu kongsi ngan kucing-kucing ni.  alhamdulillah, bersyukur dengan kurniaan Allah. bersyukur hidup kat Malaysia.



sebab takde adik, aku kadang-kadang rasa macam kucing-kucing tu adik aku pulak.  ada 4 ekor.  aku tak namakan lagi.  haish!  bukan kucing sendiri nak namakan bagai.  takpelah.  sedangkan manusia pun ada nama.  senang nak panggil dorang.  aku panggil dorang ikut fizikal doranglah.  Hitam, Gebu, Koko dan Belang.aku sendiri pun tak tahu sama ada nak jaga kucing-kucing ni as my pet or not.  


lepas lunch tadi, aku bagi dorang makan kat rumah kosong sebelah rumah aku ni.  entah bila aku nak berjiran .  terbiar camtu je rumah.  haa..kucing-kucing ni garang.  seekor je tak garang, si Koko.  kalau yang lain, datang dekat je terus bukak langkah seribu.  kemaen lagi ek, semua nak praktis lari pecut kecik-kecik lagi.  hehehe. ^___^.

Gebu dengan Hitam konon-konon buat tak pandang nasi aku bagi.

mak kucing ni pun sombong jugak.  letih aku nak jinakkan.

Hitam dah datang dekat.  tau lapo rupanye.

"sedapnya..!"

Gebu pun datang jugak.  akak ingat ko tak nak makan tadi. HAHA

Hitam, Gebu, Koko ngan Belang.  


haa..itulah 4 ekor anak kucing yang ada kat kawasan rumah aku ni.  dulu ada seekor, mak aku panggil dia Belang.  warna coklat belang hitam. kes macam ni jugaklah.  singgah-makan.  setiap hari dia akan tunggu mak aku pagi-pagi dengan tengah hari.  kira nak mintak makanlah.  


badan dia besar weyh, manja lak tuh.  walaupun dah berstatus bapak kucing.  lepas tu, mak aku balik kampung, lama jugaklah.  bila dah balik rumah, dah takde macam selalu.  duk tunggu depan pintu dapur.  kitorang syak ada orang buang ataupun kena langgar.  dah! aku taknak cerita pasal Belang lagi dah.  sedih pulak bila aku terbayang muka kesian dia. ='(


hurmmm.. agak-agak nak bela ke tak si comel 4 ekor ni.  arggghhh!!!!! tetiba stress pasal khidmat jagaan kucing.  tak pasal.. = ="



2 3 orang hijau bagi komen:

Mrs. Lady's Stylo said...[Nak Reply!]

Salam buat semua stylo ladies di sini! :)

Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

thanx 4 visiting my blog.. i'll visit u back.. :)