Thursday, August 11, 2011

beribu sesalan - versi sebaldi air mata

Diya Edhayaa | 9:51 PM | 4Comments |
"Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri"


makin hari, makin aku sedar.  sedar yang aku semakin bodoh. mempertaruhkan hati untuk orang yang tak tentu pun.  dan minggu ini, aku dah nampak JELAS. sehingga hari ini, aku nampak lagi. aku semakin pasti.


sakit. siapa yang tak sakit.  tapi aku fikir, kalau aku terus berfikir tentang kamu, aku akan terus sakit. terus menyeksa diriku.  kerana itu, aku cuba melupakan.  cukuplah sekali kau hadir dalam hidup aku.  cukuplah sekali kau memberi pelangi selepas hujan kepada aku.


dulu, aku endahkan kata-kata orang yang paling rapat dengan aku.  kini, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dia.  benar sekali.  terima kasih kawanku.


realitinya, aku semakin rimas bila aku dikaitkan dengan kamu.  semakin sesak.  semakin... argghhh!! susah untukku gambarkan.  kerana salah aku.  aku yang bersalah atas semua ini.  aku yang mencipta jalan cerita ini. aku yang menjadi pelakonnya.  dan kau..


hari ini, selamat jalan semuanya.  akan ku padam semua yang pernah bersarang dalam hidup aku.  biarpun kenangan itu indah.  tapi bagi aku, kenangan itu akan memberi luka yang lebih pedih.




# minuman paling enak malam ini ialah air mata.



4 3 orang hijau bagi komen:

ID said...[Nak Reply!]

u can lean my shoulder dear..
huhuhu
meh kenal dgn kengkawan saya nak..
meka semo suh cari ckgucikgi tu meka ni hah.. dak klas dah byk taken.. hihi

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

huk3.. sdey gt neyh.. sabo je la..

misznanarizal said...[Nak Reply!]

ala kak dyah...xmo cdey2 cmni...nk yg suka hepi2 mcm dlu2

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

xtau nk luah kt mne je..