Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Diya Edhayaa | 6:45 PM | 0Comments |


rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan 1432H kepada seluruh umat Islam yang tak kiralah berada kat mana-mana pun.. kat Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Arab dan di serata pelosok dunia.  



hari ni baru hari pertama puasa.  aku tak rasa letih sangat, walaupun kelas sampai 4.30 tadi.  cuma perut je tak berapa sedap.


cuaca pun tak berapa panas sangat.  suam-suam kuku je.  hari ni pun tak dapat nak ber'awal Ramadhan' dengan family.  tapi aku tertarik dengan kata-kata seorang kakak di Facebook semalam..


"yakinlah bahawa terdapat insan-insan yang kehilangan ahli keluarga dan tak dapat menjalani ibadah puasa bersama pada kali ini.  namun bagi kita, masih punya keluarga walaupun tidak bersama pada hari pertama berbuka puasa.  kita masih dikira beruntung.. "



sama-samalah kita meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..


# berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malahan lebih dari itu.  renung-renungkan dan Selamat Berpuasa. =)




0 3 orang hijau bagi komen: