assalamualaikum semua blogger dan sape-sape je la yang sedang blogwalking mahupun sedang membaca blog aku ni. terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah kat blog aku ni. blog yang tak seberapa. :)
keputusan peperiksaan semester lepas dah pun keluar ahad baru ni. alhamdulillah, result pun tak teruk sangat dan tak tinggi sangat. walaupun tak dapat nak kekalkan result 2 semester sebelum ni, tapi aku dah bersyukur sangat-sangat. sebab? ada 2 sebab.
pertama, sebabnya aku lepas dari 'paras berjaga-jaga'. macam banjir pulak kan. hehe. kedua, walaupun tak dapat result yang aku nak, tapi sekurang-kurangnya, tak kena repeat paper. biasalah, kita kena ada target sendiri. ikutlah apa orang nak kata. lagipun itu usaha kita. kita tau kita setakat mana.
dah, tak nak bebel panjang-panjang. nanti aku duk teringatkan 1 subjek yang membuatkan aku berfikir tengah-tengah malam. haishhh.. :)
Tweet
# pinjam ayat junior aku : orang yang bijak dalam akademik, belum tentu bijak dalam kehidupan.








