Wednesday, February 1, 2012

kegiatan zaman kanak-kanak

Diya Edhayaa | 9:15 AM | 10Comments |
assalamualaikum readers...


lama aku tak merepek merapu meraban kat sini kan.  sebulan jugak meninggalkan 'port lepak' aku ni.  haa ni baru nak menulis semula.  lepas ni, entah sempat ke tak aku nak jenguk-jenguk blog ni.  oke, tinggalkan cerita kesibukan aku.  aku nak cerita pasal zaman kanak-kanak aku.  nak kata pelik tu, aku rasa tak kot.  kebanyakan orang akan ada kesah sendiri masa bebudak dulu.


1.  basikal roda tiga jadi wheelchair
seingat aku, basikal roda tiga @ tricycle ni adalah benda yang kebanyakan orang akan ada selepas walker(yang baby guna masa mak-mak kite nak buat keje, letak kejap je dalam tu, tengok-tengok dah lepas depan umah).  masa kecik dulu tak salah aku, basikal ni warna merah ke pink gitu.  i girly okeyyhh.  haha.   masa umur berapa entah, aku konon jadi kreatif sikit la.  bakul yang ada kat belakang basikal kena cabut, lepas tu aku duduk atas palang besi then main tolak2 tayar guna tangan.  tak pasal-pasal jadi wilcha.




2.  plastik bulat-bulat
sesetengah barang baru atau tin biskut selalunya ada plastik bulat-bulat ni.  alaaa, yang ada angin kat dalam tu.  bila picit je, dia meletup.  tapi takde lah sampai meletup kebabomm-opocot-mak-kau!  yang ni pun aku suka buat main.  dalam english disebut bubble wrap. *kalau tak silap aku.




3.  cincin plastik
part yang ni aku tak berapa nak ingat sangat.  aku tak sure penutup belah dalam botol minyak atau botol sunquick yang ada benda ni.  tapi  boleh buat main-main jadi cincin.  kalau buka je botol-botol tu, aku kutip la benda alah tu, sarung kat jari.  hahaha.  tah pape je rasa dulu-dulu.






4.  ekzos basikal bunyi power
ekzos-ekzos ni main masa dah besar sikit la.  tak salah aku, darjah 3.  sepupu yang rapat dengan aku sebelah rumah je dan dia tua setahun dari aku.  masa tu basikal dia kaler hijau, aku kaler maroon.  konon nak bagi basikal tu ada bunyi vroom vroom, aku letak daun manggis.  kalau nak power sikit bunyi, letak la daun manggis kering.  tapi kalau nak try letak daun pokok sukun pun boleh kot.  hehehe.






5.  cakap depan kipas angin
selalunya, kipas meja la jadi mangsa.  buka je suis, duduk depan kipas tu, pastu cakap sorang-sorang.  aku pun tak pasti apa motif aku masa tu.  mungkin nak test suara, layakkah aku menjadi monster yang comel.  ahaks!




aku rasa ada je lagi benda lain yang aku buat, tapi aku tak ingat dah. kalau aku tiba-tiba teringat, nanti aku share dengan korang semua ea readers. serius, zaman kanak-kanak memang best.  (^_^)

# lukisan aku agak buruk. hewhew :D

10 3 orang hijau bagi komen:

SnowQueen said...[Nak Reply!]

serius kiut! tomeyyyyy mcm kau ! :))

misznanarizal said...[Nak Reply!]

ecece...aina dlu agi bes...basikal aina ada ekzos mcm moto..amik tin coke.potong tgh pastu ikat kat tepi basikal..cucuh sabut kelapa lepas tu letak dlm tin coke..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@SnowQueen

tgu next doodle ak yekkk!

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@misznanarizal

mujo x meletup! kalau tak, xjmpe da kite.. hehe.. kretip2..~

Unknown said...[Nak Reply!]

he3 .. even apix ni laki , memang ada pengalaman sume tuh time kecik2 .. hee~ .. lucu pun ada jugak .. kah3 .. yang ekzos basikal memang same lar ..hahaha ..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@apix

budak2 kan.. hehe.. wah! sme la kita.. :D

Admin said...[Nak Reply!]

haha..
bab kipas angin tu memang best.
nyanyi depan kipas, bajet sore best :D

Anonymous said...[Nak Reply!]

cha kongsi exprince zaman kecik2 yg sama mcm u..haha. no. 1, 2 , 5.. paling xleh blah melalak dpn kipas tu.. haha. prasan sore sdap..lalala

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@ahsfantasy24

mcm raksasa lg ade asenye.. haha

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Natasya Naslin

kita sekapal! haha :D