Monday, October 8, 2012

Goodbye Sayang...

Diya Edhayaa | 2:16 PM | 0Comments |
errr.. tak usah nak merdeka sangatlah kan. exam belum lagi.  tapi sebenarnya aku dah merdeka dari musim esaimen.  tadi dah selamat hantar esaimen yang terakhir  untuk subjek major paper 2.  esaimen yang subjek ni kira macam esaimen berkembar, sebab ada dua task dalam satu subjek. yang first tu dah hantar jumaat minggu lepas, just esaimen biasa.  yang kedua ni pulak kena buat kamus.  mujurlah buat secara partner, kalau sorang-sorang mau pengsan jugak aku. hehe. ni pun buat sikit-sikit masa cuti raya hari tu.  




semester ni kalau kira subjek, ambil 3 subjek je.  memang dah ditetapkan oleh pihak IPG sendiri.  student tak payah kalut2 nak daftar subjek.  tapi ketiga-tiga subjek ni agak mencabar jugaklah bagi aku.  yelah, third year degree student.  tinggal setahun lebih je lagi nak menghabiskan sisa-sisa hidup kat Lipis ni. *mohon dipermudahkan segala urusan selama setahun itu*.  hari tu sibuk dengan jahit-menjahit bagi subjek RBT. kena buat amali jahitan kelim.  humakaih! tangan dah lerr keras. hoho.




itu amali jahitan.  percentage markah kat amali agak tinggi.  aku jahit yang termampu je la. nak buat lawa2, tak pandai. hehe.  masa tu kena hantar seminggu lepas praktikum.  bergegorrr jugak jiwa nak siapkan.  sambil baring, sambil menjahit. LOL




yang nilah esaimen yang baru je selamat sampai kat tangan pensyarah BM.  berpinar jugaklah nak menaipnya. total pages kalau tak salah aku 100++.  bolehlah nak feeling2 buat Kajian Tindakan.  tapi Kajian Tindakan itu lagi HEBAT. oh! kena lalui jugak tahun depan demi segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan. :)  ni kulit depan.  aku yang design.  simple.  totally esaimen semester ni buat secara grouping.  trimas banyak2 kat member2 segrup aku (Atie, Rossa dan Bell) yang  bertungkus lumus siang malam.  yang penting, musim esaimen dah tamat. yabedabeduuuu! merdeka!  lepas ni boleh tumpu untuk study for final exam. errr.. =p  kan nak dapat APC.  *mimpi jelah kau bila pointer dah naik ke 3.85 untuk membolehkan kau sambar APC lagi*




#  tadi ada urine test di IPG.  alhamdulillah, tak sangkut. :)






0 3 orang hijau bagi komen: