Wednesday, October 24, 2012

puding karamel tanpa telur

Diya Edhayaa | 11:36 AM | 4Comments |
sebelum menghadap nota yang tak sudah-sudah, mari amek mood dengan berblog.  blog sejam, study setengah jam, lepastu zzzzz. hehe. semalam aku sempatlah menyepahkan dapur sekejap demi memenuhi kehendak tekak dan perut.  malam sebelum tu, aku terasa nak makan puding karamel tanpa telur yang macam kitorang buat untuk jamuan hari raya masa praktikum dulu.  dengan sepantas kilat, text kat kak imah, member sepraktikum dulu.




D : kak, nak resepi puding karamel yang kak buat hari tu.
KI : jap ye.. kak nak tanya yani (yani is her coursemate).
D : okey2..



tak lama lepas tu, tutt2.. mesej masuk.  lepas meneliti resepi tu, pening jugak aku mula-mula.  sebab katanya letak air ikut rasa, gula ikut rasa. aku ni dah la tak pandai nak letak2 ikut rasa. nak kena ada sukatan betul. rupanya kak imah kata, 1 bungkus agar-agar tu sama dengan 1  bungkus air jugak. maknanya 1bungkus  sama dengan 7 cawan air *aku sempat sukat semalam*.  maka petang semalam bermulalah episod menyepahkan dapur.



dan petang semalam jugak first time aku masak agar-agar selama hidup 22 tahun ni. biasanya aku tolong mak kacau2 dalam periuk, tuang dalam bekas je.  kalau benda yang aku tak biasa masak tu, memang terjerit-jerit la dari dapur duk tanya kat mak.  " mak, gula berapa cawan?" " mak, air ni eloknya letak berapa cawan?" nasib baik rumah kecik je.  



dan tengah malam semalam aku dah tak sabor2 nak makan, bukak peti, potong2, bagi mak rasa.  mak kata okeyla.. hehe.. aku pun habis jugak 2 slice walaupun mata dah tak berapa nak celik. huhu.


gula hangus yang tak berapa smooth.  tak tahan panas. aku kan puteri lilin. :p


sebahagian dah masuk perut.




alhamdulillah, not bad la untuk first try kan *masuk bakul*.  masa aku nak masak air untuk masak agar-agar, aku guna sukatan 9 cawan ikut sukatan mak aku.  kira menderhaka jugaklah kalau ikut resepi kak imah.  lepas tu, masuk peti 2 jam je dah dikeluarkan sebab tekak dah tak sabar-sabar nak rasa.  mujur tak lembik, okey-okey je puding tu. heee.  kat bawah ni nak buat sharing is caring laa..



gula hangus:
1 cawan gula
2 sudu besar air

- cairkan gula guna api sederhana.  agak-agak gula dah betul-betul nak cair, masukkan air.  masa ni hati-hati ye, nanti dia pop-pop.. hehe. tutup api, tuangkan dalam bekas, biarkan gula tu keras..


puding:
1 bungkus agar-agar (aku guna yang strip tu)
7-9 cawan air (aku guna 9 cawan air)
2 cawan gula
1 tin susu cair
sedikit esen vanila (tapi semalam aku lupa letak. haha! )

- masukkan air dan agar-agar dalam periuk.  agak-agak agar-agar dah cair, masukkan gula.  gula ikut sukatan aku ni tak berapa manis.  rasa sikit-sikit je sebab aku bukan yang jenis suka manis sangat.  then, masukkan susu cair dengan esen vanila.  masak hingga mendidih. lepas tu tuang dalam bekas yang dah isi gula hangus tadi.  sejukkan dan masukkan dalam peti ais.  kalau nak elok, simpan la lama-lama sikit bagi gula tu tak tinggal sisa dalam bekas.  tapi aku derhaka, 2 jam je dah lingkupkan nak makan. haha.  



selamat mencuba okeyh! and credit to Yani dan Kak Imah yang sudi kongsi resepi ni.  tenkiusss~  :)






4 3 orang hijau bagi komen:

~cik atin~ said...[Nak Reply!]

yuummmy yummy. napak macam sedap je kak. pos sini sket.. kih3

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@~cik atin~

pos ke mane tu atin.. umah ke hstel.. hehe

mia izzati said...[Nak Reply!]

agar2 tu yg bape gram punya..masa 1st sy buat jadi..lepas tu idok jadi hehe..derhaka kat resepiiii punya pasaii

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@mia izzati

xtw la izati bpe gram.. men buat je.. haha.. oh?try la kite pnye lak. kot2 jd. hehe