Tuesday, October 23, 2012

rezeki anak-anak

Diya Edhayaa | 11:25 PM | 2Comments |
khamis minggu lepas, blok kediaman aku buat jamuan.  tema jamuan kali ni hitam + pink.  ikut warna baju blok.  dan pink pun memang identiti blok kediaman aku lah.  awal-awal dah warning jangan pakai baju blok. haha.  aku memang malas gilerrr masa tuh, sarung je t-shirt itam, seluar warna cream, syria pink.  memang pemalas tahap tak tau nak cakap apa lah kan.  faktor usia agaknya. wahaha!




sebelum acara makan-makan yang memang menjadi benda yang paling ditunggu-tunggu, ada cabutan bertuah.  aku tak pasti hamper yang disediakan tu ada 5 ke 6.  bila tengok orang duk cabut2 nombor, memang macam tipislah harapan nak dapat kan. rumate aku cakap " harap2 la dapat bilik kita. "  aku pulak kata "  macam taaaakkk je la nak dapat kan. haha "  



sekali, dorang sebut 224! eh! tu nombor bilik aku.  memang tak pasal-pasal melompat lah dengan rumate aku. hahaha.  boleh pulak dapat.




nilah orang dulu-dulu kata , rezeki anak-anak. haa ye! rezeki anak kucing yang selalu melepak jadi orang ketiga dalam kehidupan aku dengan cik rumate.  





tapi aku tak rasa pulak dia ni masih berstatus "anak kucing".  besar kemain da badan dia.  mula-mula duk datang bilik aku dulu, tak lah besorrr macam ni. haih...



#  rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. hik! :)






2 3 orang hijau bagi komen:

Nurul said...[Nak Reply!]

ingt ka da ada anak betul2 tadi hihikk :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Nurul

hahaha.. blum kawen meyh..