Monday, October 22, 2012

bicara tentang kesetiaan

Diya Edhayaa | 3:38 PM | 4Comments |
title tak mau gempak pulak aku ni kan. puiii~ haha.  dah macam orang nak buat tagline untuk novel je.  mungkin lepas ni aku kena rujuk dengan Liyana Zahim  untuk menghasilkan novel yang kebaboom. hehe.  


kesetiaan ni meluas tahu.  luas seperti peta dunia. gituu~  macam kesetiaan seekor kucing dengan tuannya.  walaupun aku dah tak tahu apa nasib  si Tompok, kucing angkut aku dari hostel, tapi aku masih " memelihara " kucing-kucing di hostel.  


tapi daripada pemerhatian aku beberapa minggu yang lepas, Tompok dah semakin sihat di bawah jagaan pak cik aku.  siap ada kawan baik lagi dan kucing jahat pun tak berani nak jejak  halaman rumah pak cik aku.  pelik.  dari mana keberanian Tompok tu ye.  padahal masa duduk hostel, lemah longlai je aku tengok.  mujur tak lemah lembut. heh.



tapi baru ni ada seekor lagi penemuan baru aku.  si kucing betina bertompok-tompok fizikalnya macam Tompok jugak.  aku namakan dia, Kambing atau nama manjanya Bing-Bing.  suara dia tak payah cakaplah. bising bebenorrr!  asal jumpa si Hitam (peliharaan aku jugak), mula nak mengiau-ngiau.  padahal lain jantina dah tu. walawei.





itulah si Bing-Bing.  alkisahnya, ada satu malam tu aku nak pegi bilik junior Tesl, nak pinjam kamus  untuk guna kot-kot taim kelas terjemahan esoknya.  maklumlah, kamus aku dah terbang tak tahu ke mana. huhu.  bilik junior ni pun selang satu blok dengan aku.  nak sampai blok dia ni kena redah hutan, lalu lembah sungai, daki gunung eh aku tipu je.  sebenarnya kena naik beberapa anak tangga dan meredah kegelapan malam. *tengok gambar pun tahu dah gelap kan*.



bing-bing ni ikut je aku.  aku agak dia akan stop kat tangga.  tapi tak, dia follow aku sampai naik blok junior tu.  redah segala air hujan yang penuh kat koridor.  sampai je bilik junior tu kat aras 4, dia nak masuk bilik.  hilang akal apa nak bawak dia masuk sekali.  aku pun tinggal je la dia kat luar.  dia tunggu sampai aku abes bukak kedai kopi ngan junior tu.  pastu dia ikut pulak aku pegi jumpa abah aku.  pandai dia, tak nak kena basah, duduk bawah susur gajah tunggu aku.



then, dia follow aku balik blok aku semula.  punyalah setia ikut aku.  tak sangka jugak aku dengan si Bing-bing ni.  sebab kalau si Tam-Tam, dia ikut aku sekerat jalan je. padahal muka dia la yang selalu menempek kat depan bilik aku.  macam aku share bilik ngan dia pulak. huhu



#  long distance relationship is not gonna work out without : Love, Loyalty and Trust



4 3 orang hijau bagi komen:

♥ CIKZEK ♥ said...[Nak Reply!]

kucen pon tau setia kan. huhuhu mnusia je yg xtau :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@♥ CIKZEK ♥

btul2. agk2 cik zek setia tak? hik! :p

Rozuan Ismail said...[Nak Reply!]

setianya bing bing dgn awak.huhu. cat is loyal animal =D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Rozuan Ismail

yeah! cm anjing jgk kn. :)