Saturday, March 31, 2012

tentang sesuatu yang tak pasti

Diya Edhayaa | 1:42 AM | 2Comments |
huarggghhhh! tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  aku bukak blog, rasa nak menulis tentang sesuatu.  sesuatu yang aku pun tak tahu.  hahaha. ini memang betul-betul lost agaknya.  kesibukan semester ni memang sedikit menghalang aku untuk bergiat aktif dalam bidang menulis blog ni. aha! ayat nak artis ajeee... kan aku dah cakap aku tak tahu nak tulis apa pun sebenarnya.  tu yang aku free hand, taip je apa aku nak taip, yang melintas sekali lalu dalam otak, terdetik di hati.  hehe


kalau korang baca entry lepas-lepas, tau lah aku tengah sibuk ngan menda apa sekarang ni.  praktikum fasa 1.  sebulan.  tapi bagi aku cukup untuk memberi impak besar dalam diri.  masa ini, kau akan tahu kemampuan kau setakat mana.  kau akan tahu yang nak jadi pendidik tu bukannya senang.  kau akan tahu betapa susahnya nak bagi student kau faham sesuatu benda.  kau akan tahu betapa bergunanya otak dan akal yang Allah kurniakan pada kau yang selama ini kau simpan, tak bagi pun neuron2 dalam otak bermain-main dengan riangnya.


dan sebulan ini jugaklah aku rasa aku dapat melupakan SESUATU yang dah berlaku tu.  tak nafikan, baru-baru ni memang aku hangen jugak.  ntah.  rasa cam over sangat.  maaflah.  masih pada tahap pemulihan.  tapi, sehari ke sehari, ada rakan-rakan, hausmate, RPH, BBB, berjaya membuatkan aku pikir benda tu tak penting pun.  dia dan hidup dia. aku dan hidup aku.  "sejuta kali fikir pun, sekali pun dia tak pernah fikirkan tentang kau."  ini masa dia, masa kau akan tiba.  think positive.  


emmm... terlalu banyak benda yang nak dikejar.  terlalu suntuk masa yang ada.  terlalu. terlalu. terlalu.  dan tak ada siapa pun yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri.  renung dan fikirkan.  realiti kadangkala menyakitkan.  realiti selalunya tak seindah mimpi.  realiti kadangkala tak seperti yang diimaginasi.


# cukup sekali, takkan terulang lagi.  kuatkan hati, hidup dalam realiti.


2 3 orang hijau bagi komen: