Friday, October 7, 2011

assignment dapur memang seronok : Resepi Kek Coklat

Diya Edhayaa | 2:00 AM | 5Comments |
assalamualaikum korang..!! wah! rindu sangat-sangat kat blog tau.  rindu nak menyinggah. rindu nak menulis. ah! rindulah semua.  hehehe.  actually, sejak 2 3 menjak ni, aku memang busy sangat. macam-macam benda nak buat.  tinggallah blog ni terbiar selama 17 hari.  lama kan.  naek kebulur dah blog aku ni. *betul kata member-member aku, aku memang tak boleh dipisahkan dengan makanan. hahaha


minggu lepas, semua assignment aku dah selamat lepas ke tangan pensyarah. ouh! heaven sangat bila dah takde assignment.  seronok gile! seminggu jugak aku bergoyangkaki - tidotaksedardiri - onlinesiangmalam.  hehe.  tapi mood nak menulis blog tu belum sampai.  so, terbiarlah blog tanpa update.

hujung minggu pulak, balik rumah.. ohhh! rindu bangat nak pum pam pum pam kat dapor.  menyebok kat mak.  sebab mak aku kurennn sikit orang ganggu dia buat keje.  tapi takde la aku jadikan tu alasan tak nak turun dapor kan.  lagipun aku ni gila memasak, gila makan. hehehe.


hari sabtu tu, 3 jenis makanan aku buat.  ala.. benda simple2 je.  taste aku.  makaroni goreng, kek coklat dengan tempe goreng cicah sambal kicap.  makaroni tu sebab dapat order dari si kecik anak pak sedara aku.  camne-camne pun, aku akan tunaikan jugak walaupun lambat.  tak sampai hati laa.  yang tempe goreng cicah sambal kicap tu dari lepas balik BIG lagi aku mengidam.  kek coklat - my fav!! first taim try buat dan menjadi..! alahai.. suka mak nokkk.. hehe.  ahad pulak buat kek coklat lagi and spagheti.  ni pun tunaikan permintaan si Cieda.


dan kat sini aku nak share la sikit resepi kek coklat ni.  aku rasa sedap dah *masuk lif kejap.  tapi aku tak tau la orang lain rasa camne.  aku tengok, pakcik bekas ketua kampung makan selera je.  hahaha.


KEK:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko (guna Van Hauten)
1 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
beberapa titik esen vanila

cara2:

  1. panaskan pengukus. 
  2. ayak tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
  3. pukul telur sehingga berbuih.  masukkan gula kemudian pukul lagi. masukkan esen vanila.
  4. masukkan bahan yang diayak tadi berselang seli dengan air suam.
  5. masukkan susu pekat dan akhir sekali minyak masak. (jangan pukul lagi, tapi juz kacau je)
  6. masukkan adunan dalam loyang then kukus selama 1 jam.

TOPPING:
1/2 bar cooking chocolate, 2 sudu butter, 1/2 sudu gula, colourful chocolate
(masak cara double boil)


senang je kan.  tapi minggu ni balik nak hentam pizza pulak la. huhuhu.  keje makan je la kau kan...

5 3 orang hijau bagi komen:

avam ming said...[Nak Reply!]

sedap bohhhhh, hingga menjilat jari woooo !!! hehehe

misznanarizal said...[Nak Reply!]

waahh..wat kek xkasi orang sket...dekut ah kak dyah ni...

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

mien: hoho.. resepi da kasi kt cida, nt leyh try wt.. hehe

aina; akak bwk cket je la mek oii.. nt next tym wt akak bg ye.. hehe

fazhana said...[Nak Reply!]

haha..i should try it too coz i love chocolate cake! btw, ni resepi utk cupcakes.. have a nice try!


http://nurkeislaman.blogspot.com/2011/10/resepi-kek-cawan-vanilla.html

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

thanx faz.. :) pasti akn cuba..