assalamualaikum.. sebelum memulakan bicara.. arghhh!! mentang-mentang debat kebangsaan sedang hangat, aku pun nak dalam mood tu kan.. haha.. oke next taim aku cerita pasal debat k. esok last day pendebat-pendebat bersidang kat kampus aku ni. tapi entry ni aku nak cerita pasal perkhemahan bersepadu unit beruniform semester 4 yang dijalankan di Tanjung Gosong, Pekan, Pahang pada hujung bulan September.
kalo bagi unit beruniform aku, perkhemahan ni memang santai-santai je. semua aktiviti dibuat mengikut unit beruniform masing-masing. macam BSMM kami tak banyak aktiviti pun. antara aktiviti kami - mencipta lirik lagu BSMM, pertolongan cemas dan kelas mekap. ahha! ape ke hal nya belajar mekap ni. nanti aku cerita.
masa cipta lirik lagu, kitorang mula-mula nak guna melodi Cinta Muka Buku. tapi sebab lecturer tak tau lagu tu, susah sikit la. kami pun ubah buat guna melodi Lagu 3 Kupang. memang lecturer suruh guna lagu warisan atau lagu kanak-kanak je masa tu. kami yang advance nak lagu baru. thehehe :D
petang hari kedua tu jugak, kami belajar cara nak lakukan CPR. kalau ikut yang aku belajar, before bagi CPR, kena guna prinsip DRABC. puas jugak la kan nak meniup kat mulut menda alah tu. haha. esok paginya kami belajar mekap pulak.
ah! apehal pulak budak-budak BSMM ni belajar mekap... oke, biasa kita tengok kat dalam filem atau drama mesti nampak cam real je darah yang mengalir. luka-luka semua tu. so, mekap yang kitorang belajar ni amat berguna masa nak buat simulasi bencana.
malamnya malam kebudayaan. hasil pembelajaran *ayat skemanye aku ni* kami praktikkan malam tu. kes aku jadi isteri yang cuba membunuh diri gara-gara sering ditinggalkan suami. nauzubillah. jangan.. jangan.. jangan sekali-kali dicuba perkara sebegini wahai para isteri mahupun gegadis di luar sana. hehehe.
masa kat camping ni jugak, aku dapatlah merasa satu menu ni. ayam masak dalam buluh. sedap! yang lain-lain tu kami ada jugaklah buat BBQ. sebab tu lepas balik camping aku rasa aku makin gemok. hehe
kenangan yang aku tak leyh lupa masa hari first. khemah kami punyalah pasang cantik. sekali, hujan turun. rilek rilek je mula-mula. tak lama pastu, setitik demi setitik air hujan masuk dalam khemah. at last, khemah aku macam tasik. walopun macam tasik, roti habis jugak sebungkus. laparrrr punya pasal. hehehe. set2 BSMM AFZAN SEM 4 memang terbaiklah!! :D
0 3 orang hijau bagi komen:
Post a Comment