Friday, October 7, 2011

ku tatap mentol, ku belit wayar, ku sambung bateri

Diya Edhayaa | 10:03 AM | 3Comments |
bila aku dah dapat update blog, camni la jadinya.  kalo tak update, macam sarang tikus pun ada.  hahaha.  zaman assignment dah habis, zaman amali pula menjelma dalam kamus hidupku.  ohh!  puitis sikit ayat aku. semester ni, subjek RBT aku belajar pasal elektrik.  bendanya simple, tapi sebab dah lama tak belajar KH, ada jugak yang aku lupa.  almaklumlah.  memori bukan 16GB. hehe


kalau sem lepas aku takde amali RBT, tapi sem ni ada woo.  ada 3 amali pulak tu.  paling best masa amali first.  kena buat litar selari dan litar siri.  aku masuk-masuk je bengkel, tengok dah penuh alatan kat atas meja.  ni sah-sah nak buat amali.  rupanya,  lecturer nak suruh lukis pelan litar je dulu.  hahaha.  litar nya buat lain kali. fuhhh!  macam budak baru belajar je rasanya.



okei, gambar atas tu litar siri ye murid-murid.  yang bawah tu litar selari.  jangan tertukar pulak. lepas tu, amali ke-2, pemasangan plag 3 pin.  ala yang selalu ada kat alatan elektrik.  yang ni kena tau lah wayar ijau sambung kat mana, wayar biru wayar coklat..  2'2 amali ni buat dua orang.  


disebabkan amali plag ni guna 1 wayar 2 plag, aku rasa macam kartun pon ade.  catdog! hahaha.. catdog.. catdog.. catdog.. amali yang terakhir plak, sambungan soket penyuai kalo tak silap ak.  dengan lampu pendaflour.  hoho.  lepas ni, kalo rosak lampu kat rumah aku, boleh laa aku repair kan. hehehe :D

jangan sekali-kali ingat ini sosej. hekhekhek



alhamdulillah, 3'3 amali dah setel.  minggu depan sibuk dengan debat pulak.  oh!! bukan aku yang masuk debat.  aku urusetia je.  hehe.  selamat datang ke kampus saya wahai pendebat-pendebat sekalian. :)



3 3 orang hijau bagi komen:

Anisa Hang Tuah said...[Nak Reply!]

karennn..

hiks

Mrs.A~ said...[Nak Reply!]

done follow you.follow me back okay green girl :)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

anisa: ahaha.. sempoi..

mrs.A: thanx yup.. i will..^^,