rasanya belum terlambat untuk aku menulis sedikit mengenai pertandingan Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG Peringkat Kebangsaan 2011. hurmm. untuk pengetahuan, pertandingan debat kali ni dijuarai IPGK Gaya. tahniah!!! :) tempat kedua pula IPGK Bahasa Melayu. tahniah juga untuk mereka. yang datang ni memang aku tabik la, aku pun belum tentu boleh berdebat sebaik diorang.
pertandingan ni berlangsung selama 4 hari. tapi dorang dah datang hari ahad malam tu untuk urusan mendaftar. hari jumaat sebelumnya, aku dah tau aku jadi LO untuk pendebat dari IPGK Tun Hussein Onn.
pertandingan kali ni guna sistem power-match yang mana tak ada kalah-mati pada peringkat awal. dorang akan lawan untuk 6 pusingan. then barulah suku akhir, separuh akhir dan akhir. oh ye! kampus aku lepas sehingga peringkat suku akhir. fight dengan IPGK Bahasa Melayu.
haa.. ni la anak-anak buah aku - shahril, arif dan hannan. ada lagi sorang, nizam. dorang ni semua freshie taw. 2 orang sem 3 dan yang sorang lagi tu sem 1. nizam pulak dah sem 6. kira senior la pada aku. hehe. tugas aku sebagai LO takde lah susah sangat. just bawak dorang pegi bilik sidang, then kalau dorang jadi pihak kerajaan, aku kena jadi Yang Dipertua. kalau dorang di pihak pembangkang, aku jadi penjaga masa. mula-mula tu aku kalut jugak, yelah first taim jadi urusetia untuk program besar camni. lepas je pusingan 1, dah takde hal. hehehe. ^__^ v
zulaikha (IPGKPMM) dan mazwan (IPGKPP) |
oke. yang tengah tu namanya Zulaikha. dari IPGK Perempuan Melayu Melaka. 5 kali dapat pendebat terbaik dalam pusingan awal pertandingan ni. aku sempat tengok dia berdebat masa pusingan 6, tu pun sebab dorang lawan dengan IPKTHO. memang best wa cakap!! tak semua aku tengok. sebab ada tugas kan. yang aku sempat tengok just IPGK Tawau, IPGK Perlis, IPGK Rajang, IPGK Bahasa Melayu dan haruslah delegasi kampus tercinta. hehehe.
IPGKTHO vs IPGKP (rukun negara hanya hafalan, bukan amalan) |
suku akhir (IPGKTAA vs IPGKBM - pendidikan dan perpaduan seiring tapi tidak sehaluan) |
apa2 pun, tahniah untuk semua. walau tak menang sekalipun, tapi pengalaman juga dibawa pulang. kerana pengalaman itu lebih berharga. *tetibe rasa macam iklan. haha =)
0 3 orang hijau bagi komen:
Post a Comment