Sunday, October 16, 2011

amekaw!! hari kejadian yang kelam-kabut

Diya Edhayaa | 11:20 AM | 2Comments |
baru ni besday salah sorang besties aku, cik Rossa.  dalam bulan seploh ni pun ada 3org birthday girl.  tapi aku nak ceghita pasal kitorang buat drama masa nak suprisekan si Rossa ni.


alkisah.....

konon-kononnya Lina ni sakit perut dah 3 hari.  lepas tu dia duk mengadu la kat Rossa.  kitorang bertiga ni (aku,  k.ctiey ngan cieda) pun berlakon sama.  pandai je buat ayat sendiri.  konon keracunan makananlah, makan pedas sangatlah.  


kebetulan hari selasa tu, aku beli lauk masak merah.  yang Lina ni pun buat-buat tak lalu nak makan.  orang sakit perut kan.  padahal bila Rossa g bilik sebelah nak amek barang, suap punyalah... hahaha.  then bila kitorang naik je atas, setting masa baik punye dengan K.ctiey ngan Cieda.  lepas je dorang berdua gerak kua dari kampus untuk beli kek, kitorang mulakan plan kitorang.


aku call Rossa, tak berjawab! haishhhh.. camne nih.. kang aku yang sambut bufdae awal sebulan kang.  haha.  then tepon la jiran bilik dia, Yaar.  kira Yaar ni cam pelakon extra la.  huhu.


aku : yaar, tolong kejut Rossa boleh? Lina sakit sangat perut ni.  nak g hospital.

yaar: laa...  nape tak ikut Cieda je kua tadi.  emm.. takpelah, aku g kejutkan.

aku: mekasih ek yaar.  kesian sgt kat Lina ni.  nak suh Rossa yang drive kete Lina.  dia tak larat.

yaar: oke. oke...


pas pada tu, ktorang pun gerak la nak g hospital.  tapi Lina ni pun demand, nak pegi klinik.  tak nak pegi hospital.  yela, sakit sangat kan. *padahal kitorang memang dah rancang.  cik Rossa ni pun bawak keta punyalah laju.  risau kat kawan yang tgh sakit.  dalam pada tu, aku duk roger2 ngan K.ctiey.  takot kang aku sampai dulu, dorang kat kedai kek lagi.


sampai je depan klinik tu.....



HAPPY BIRTHDAY ROSSA!!!

amekaw...! sambut bufdae pakai baju BSMM.  haha.  depan klinik pulak tu..  aku rasa masa tu akak klinik tu pun pelik tengok kitorang.

bufdae gurl




akhirnye berjaya jugak lakonan kitorang.  hehe.  memang terkena lah kau Rossa.  :D oh ye! untuk yang 2 orang member lagi tu, Ada ngan Farah, kami buat khianat kat FB.  satu kelas letak profile picture yang sama.


masa bufdae Ada, letak gamba kad keluar, bufdae Farah pulak kami semua letak gamba dia pakai ala-ala ustazah masa zaman mula masuk sini dulu.  yang tu, idea boys kelas aku laa.  tahniah untuk pelakon2 drama bufdae Rossa dan temkiu untuk semua yang berkomplot utk bufdae Ada n Farah. hehehe :D




# walaupun ianya kelihatan nakal, tapi inilah yang akan kita kenang bila dah habis belajar nanti. ^_^ v


2 3 orang hijau bagi komen:

zOeY zAu YaH said...[Nak Reply!]

sweetnya..kan best kalau ada kwn mcm korang haha

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hehe.. kamoo pn kwn.. tp d alam maya.. =(