Monday, October 24, 2011

lelaki gedik... oh! rimas

Diya Edhayaa | 12:46 PM | 3Comments |
oh yeah! dah masuk tengah hari baru nak tulis entry.  tak kesah lah.  aim aku kalau boleh cuti seminggu ni nak tulis sehari paling kurang satu entry.  sebab baru ni pemalas sangat nak menulis kan.  topik hari ni pasal lelaki.  bukan sebarang lelaki, tapi lelaki gedik.  ingat pempuan je ke ada yang gedik-gedik.  meyh sini aku nak cirikan sikit.


taip mesej macam nak taip website
yang paling aku tak suka sekali.  taip macam nak cari website.  maksudnya penuh www kat ujung ayat.  lebih kurang camni lah, " awak dah makan kewww..? awak buat apeww tu..? awak marah saya kewww..?".. eee! tolonglah... kalau sekali sekala nak bergurau, boleh terima lagi.  aku pun ada jugak guna euwww~ kalau dengan member-member.  tapi takde lah sampai setiap kali nak ber www.. 


eja ala-ala manja
oke.  ini lagi satu hal.  sakit hati betul lah!  kalau umur dah 20 tahun ke atas, dan berstatus KAWAN pulak, tak payah la nak mengada-ngada macam tu.  cukuplah sekadar eja tak lengkap menyalahi kesalahan ejaan. kes yang ni macam mengeja stail adik-adik tadika.  nak tahu camne? " tak kiwa! bia la dowg nak cakap pe.." aku rasa adik sepupu aku pun tak mengeja camni kot.  eja betul-betul walaupun ada tertinggal huruf.



dengan semua pempuan nak menggedik
kalau kat semua wall pempuan kau nak menyemak, baik tak payah.  baiklah kau penuhkan wall sendiri.  maksud aku, bukan semua lelaki yang menyemak kat wall pempuan tu gedik.  bergantung pada post dia.  kalau pempuan tu tak layan sikit, mula nak post macam-macam.  hey! annoyinglah.  kalau aku, aku memang rimas dengan orang macam ni.  lebih baik post kat wall pempuan tu benda-benda lawak.  takde lah pempuan tu serabut.  tapi tak tau lah kalau pempuan tu pun sama je dengan lelaki camtu. = ='


layan kawan macam girlfriend
korang dapat beza tak antara KAWAN dengan GIRLFRIEND.  err.. camna ye aku nak cakap.  korang paham-paham sendirilah layanan seorang kawan dengan makwe/pakwe tu kan lain.  even korang cakap sayang pun, takdelah sampai berpuluh kali nak cakap.  sampai kau siap suruh pempuan tu jadi bertukar jadi kekasih dalam bayangan.  *aku hentam je istilah ni. bila macam ni, nampak macam kau yang desperate perlukan kekasih.  sampai kau nak dat gurl layan ko macam kekasih.  



sesungguhnya, tersangatlah rimas dengan manusia macam ni. penat tahu.  dari nak berkawan, tak jadi nak berkawan.  kadang-kadang pempuan ni lebih mudah tertarik pada lelaki yang pandai buat lawak.  walaupun lawak dia entah apa-apa.  sekurang-kurangnya, dapat jugak lah si gadis ni menjana minda.  hah! dah macam nak tulis karangan BM kan. hahaha.  




3 3 orang hijau bagi komen:

Anisa Hang Tuah said...[Nak Reply!]

heee
laki pon dah pandai menggedik

avam ming said...[Nak Reply!]

haha.. dh cukup 50iya lom ?

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

anisa: dunia zmn skrg.. huhu

mien: lom ag larh.. tnye lak.. haha