Monday, February 21, 2011

perang sudah bermula

Diya Edhayaa | 6:31 PM | 3Comments |


assalamualaikum.. ape kabar korang smue petang ni..? dah minum petang belum? kalau belum g lah makan dulu pisang goreng dengan kopi o panas tu.. tak sedap woh makan sejuk sejuk.. hehe.. tapi entry aku takde kaitan pun dengan goreng pisang sebenarnya.. ni nak cerita pasal pilihanraya kampus kat tempat aku... aku masuk bertanding tau.. AKU MASUK BERTANDING?? hah! aku tipu jer.. haha.. tak layak kot aku ni nak bertanding.. makin kucar kacir ada lah jawabnya.. cukuplah aku jadi PKU (penolong ketua unit) untuk semester ni.. kira macam penolong ketua kelaslah masa zaman-zaman sekolah dulu.. 

dah nama pun pilihanraya, calon pun mesti ada.. untuk pilihanraya ni, setiap kelas WAJIB hantar seorang calon dan digalakkan lebih.. paham kan ayat aku ni..  kelas aku ni, mula mula tak hantar pun calon.. padahal kat kelas aku ni, ramai je yang boleh memimpin.. berkaliber.. cuma mungkin ada yang segan nak sebut nama sendiri.. haha.. boleh pulak gitu.. sudahlah masa hari penamaan calon tuh, kelas aku dengan Pemulihan je tak hantar kot untuk semester kami ni.. at last, KU kata kita buat sistem undian.. sapa dapat undi paling banyak, dia kita hantar masuk bertanding...

maka, mereka yang bertuah adalah bendahari kelas kami.. siapa lagi kalau bukan si Ehsan.. Ehsan ni dah jadi bendahari kami untuk 4 semester tau.. aku rasalah kan, dia paling layak kot pegang Bendahari Kehormat dalam Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.. hehehe... yelah, dia pun bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi.. lagi satu Ehsan ni rajin buat kerja.. nak kenal Ehsan tak???

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
yang dibulatkan tu r Ehsan.. 

okei, habis cerita pasal si Ehsan.. aku nak cerita pasal calon perempuan kelas aku pulak.. of coz la, si Yunizar a.k.a Yu.. bagi aku, dia ni pun layak juga bertanding.. sekali dia bagi hujah, penuh confident beb... hehehe.. dan tahun ni jugak dia pegang amanah sebagai Penolong Ketua Blok untuk kolej kediaman aku ni.. cayalah yu!!!

inilah poster untuk Yu.. sori gambar tak clear.. amek kat fesbuk, tak tau nape jadi gini..


haaa.. itulah 2 orang calon JPP kelas kami.. harap harap salah seorang nanti bolehlah menang.. kalau menang dua dua lagi bagus.. hehehe.. masa aku nak pegi kelas pagi tadi, sempat jugaklah aku snap snap gambar.. nampaknya perang poster sudah bermula.. sikit lagi, penuhlah segala tiang, pokok, atap yang ada kat ipg aku ni..

kat blok kediaman aku..


yang ni, jalan menuju ke kafe..


kak gantung poster ye...


laluan di kafe...


hari Khamis ni, pembuangan undi akan dilakukan.. maknanya ada dua hari lagi  semua student boleh lah fikir-fikir siapa yang layak jadi JPP  untuk sesi 2011/2012.. bagi meneruskan kecemerlangan JPP sebelum ni... pilihan di tangan anda.. chewwaahh!!! pilihanraya di tempat korang pula macam mana yea..??

;)


3 3 orang hijau bagi komen:

JIJI YU said...[Nak Reply!]

saye undi cikgu..

Rozuan Ismail said...[Nak Reply!]

kat UKM ni pon dok bising2 ni ha..dekat je ngan asrama wan tempat pengumuman keputusan..hehe..good luck lah pada yg btanding..hoho..jgn ada yang cedera mlm ni dah la ye..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

jiji yu: huhu.. tenkiu2.. ;p

rozuan: wah! tgh hebat b'plihanrya gk upanya.. mlm ni, takot ade yg jtuh2 gntung poster je la.. hi3