Sunday, February 13, 2011

marathon

Diya Edhayaa | 4:12 PM | 9Comments |
fuh! fuh! sakit pinggang aku dua hari ni.. aduii... sakit tau tak.. aku marathon movie weekend ni..? tak! takde mase larh aku nak tengok movie movie ni.. sedangkan movie yang aku amek pada member masa semester 2 ppismp dulu pun dah naik berkulat duk dalam lapy aku ni.. seingat aku, satu je aku sempat habiskan masa cuti sem ujung tahun lepas.. dah jelas kan aku tak tengok movie pun ujung minggu ni.. 

dah tu..? aku masuk marathon..? tak payah berangan laa.. lari pun tak larat.. masa UKJK orang lain boleh habiskan sekejap je, aku..? 19 minit jugaklah nak habiskan 2.4km.. phewww~ berpeluh bagaikan banjir melanda.. stamina tak kuat.. camtu lah.. tak lama lagi ipg aku ni nak buat sukan tahunan.. maknanya, merentas desa pun ada dalam list acaralah.. sah sah dah aku nanti kategori awek lenggang kangkung je.. pastu bagi 1 point je untuk sumbang markah rumah sukan.. ermm..

tapi aku bukan nak cerita masuk kedua-dua acara tuh.. aku masuk acara MARATHON SIAPKAN TUGASAN..


tak terkejar aku.. mana nak siapkan tapak pembelajaran.. mana nak siapkan website.. mana nak siapkan amali.. tempat aku hujung minggu ni bukan di katil bertemankan bantal ye.. tapi di meja study bertemankan laptop dan buku... rajin tak aku... huahuahua.. tapi bak kata pepatah :

"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

so, aku nak sambung balik buat kerja aku.. saja nak release tension, post entry.. semalam tak sempat post, sebab sibuk jadi 'hantu kak dayah balik bilik'..

:D

9 3 orang hijau bagi komen:

Rozuan Ismail said...[Nak Reply!]

caiyok!!siapkan cepat marathon tuh!! jgn wat lambat2,.huhu

p/s jom komen entri terbaru wan

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

heh! bru setel satu.. 3 lagi menunggu ni.. hu3
insyaAllah.. i'll.. :)

Solihin Zubir said...[Nak Reply!]

heheh.. selamat bermarathon siapkan tugas..
chaiyok2.. :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

cuti2 pon nk kena bereskn gk..
esymen bkal tibe 1 demi 1..
:(

E.d.Y said...[Nak Reply!]

chaiyok2..;)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

thanx..:)

Muhammad Zulhaizer said...[Nak Reply!]

tahniah! semoga berjaya menyiapkan kerja-kerja kamuu tu.. Hehe..

~~aKoO~~ said...[Nak Reply!]

IPG maner dik??
salam kenal..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

zulhaizer: huargghh!!! penat2..

akoo: slm kenal uge =).. sy ipg afzan, k.lipis..