Tuesday, March 29, 2011

bila A menghantui hidup

Diya Edhayaa | 8:37 PM | 3Comments |

lebat gila hujan tadi! sedap woh tido musim musim hujan ni.. aku bangun kejap, angkat pakaian yang ada kat ampaian, then tido semula.. sedar pulak aku kan petang petang camni.. kalau tak dah dua hari aku lewat pegi kuliah.. tapi takde lah lewat sangat pun.. lewat ke perhimpunan je, kelas tetap awal.. pukul 8 je dah tercongok depan pintu kelas.. sebab kunci pada aku, kalau tak sian pulak coursemate aku tercegat kat  depan kelas tu..


sekarang ni musim exam.. aku rasa budak budak u dah nak exam pun, lepas tu cuti lame... wuuu~ bestnya mereka, cuti sampai bulan 9.. aku punya cuti semester kali ni bakal jadi seminggu je.. sepatutnya dua minggu, tapi gara-gara WAJIB mengikuti SUKBEL, maka aku rela korbankan cuti ku, demi pengalaman... 



sebelum exam, mestilah busy dengan assignment kan.. bagi aku, assignment ni sangatlah membantu dalam result kita.. nak harapkan exam, macamlah betul sangat menjawabnya.. sebab tu, aku selalu jugak ah nasihat kat sepupu aku, assignment tu buat betul betul.. 


at least, benda tu dah boleh back up kita punya exam yang tak berapa nak banyak markah.. bila dah musim assignment, hidup pun jadi tak keruan.. baru ni aku ada lah buat pemerhatian sikit kat sekeliling aku ni.. adalah tidak pelik apabila musim assignment tu korang buat perkara perkara ni...



#  kain sebakul tak basuh.. kalau sebakul tahan lagi, kalau berbakul-bakul.. sendiri mahu ingat la weyh.. pegilah basuh kejap, kalau takde air 3, 4 hari lepas tu, ngeri2.. bukan apa yang jadik sebakul tu, sebab rasa masa sangat berharga.. nak tinggal laptop, oh tidak!!



#  kain basuh, tapi tak angkat-angkat.. yang ni pulak jenis kejap lagilah.. kejap kejap.. sampai sudah tak berangkat.. akibatnya, duduk la pakaian tu kat ampaian 2, 3 hari.. selagi tak hujan, selagi tu lah tak angkat..



# tido depan laptop.. ini paling normal sekali.. mana tak nya, siang malam duk menghadap benda alah yang satu ni.. zaman moden sekarang ni manalah ada nak buat buat dengan typewriter.. semua nak kena guna komputer.. tapi yang untungnya, salah sikit boleh delete2 je.. kalau zaman dulu, hah! taiplah semula pa ceroh!!



#  lampu bilik tak gheti gheti nak tutup.. walaupun lampu meja study boleh je nak bukak...  tapi lampu bilik jugak yang menjadi pilihan hati  student.. masa tu, kalau warden marah pun, kejap je tutup kot..



#  makan pun jadi tak tentu arah.. yang ni aku memang selalu sangatlah buat.. nak nak lagi bila duduk aras 5 ni.. nak sampai atas pun dah boleh lapar balik.. huhuhu.. baru ni lagi naya, aku pegi makan dah dekat pukul 2.. lauk pun yang tinggal, tak best sangat.. nasib baiklah member aku yang pegi kafe sekali dengan aku tu pandai bawak kereta, so kitorang pun pinjamlah kereta roomate aku, keluar makan kat luar.. thanx roomate!! (bajet roomate aku baca)



#  sindrom malas nak balas mesej dan jawab call tak tentu hala.. masa ni, henfon pun boleh hilang.. entah mana campak pun tak tahu.. kalau yang jenis spesies suka silent fon, jawabnya penuhlah miss call.. lagi satu, boleh jadi orang tanya lain, korang jawab lain.. mesej pun konfem konfem balas nak tak nak je.. contohnya, "xde".. "ok".. "jom".. "nt la"..



#  gf or bf makan hati dengan korang.. sebabnya, korang layan dorang nak tak nak je.. nak berjiwang pun tak dan kot.. 



betapa hebatnya penangan si A ni.. berubah 360 darjah hidup.. hahaha.. 



3 3 orang hijau bagi komen:

SnowQueen said...[Nak Reply!]

aku bace lah....haha..bajet warden marah..x amek kesah ade...DTG LEWAt yer amek kesah..sediakan alasan2 bernas anda yer!! haha =P

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hahaha... better late than never, rite..? hee~

Pak Aji said...[Nak Reply!]

salam kenal.. saya pak aji.. hehe