Monday, January 17, 2011

tv punya pasal, hadap secret recipe malam malam

Diya Edhayaa | 12:41 AM | 6Comments |
aku kan dah lama mengidam nak makan kek.. ni semua sebab drama kat TV3 la yang pengaruhi aku.. drama Tiramisu.. haha.. tak pasal pasal aku salahkan dorang.. lama jugaklah aku mengidam nak makan kek tuh.. yela, kat sini nak cari mana.. aku nak buat? emm.. lambat lagilah kot.. kek biase biase, warna pelangi tuh, aku pandai la.. lagi satu kek koko.. bolehlah kalau buat nak makan dengan family.. satu cara paling mudah kalau nak kek pelik pelik, pegi supermarket, cari yang instant.. balik rumah, bancuh.. lepas tu, masuk oven.. ting! ting! siap... hehe.. tapi kalau nak puas hati, nak bagi bf ke tunang ke nak bagi mak mertua rasa ke, baik buat sendiri.. hasil tangan sendiri.. kan lagi bagus..


tapi, tadi member aku gi KL.. semalam lagi dah dia cakap nak pegi.. aku yang dah lama mengidam ni, ape lagi.. cakap la nak suruh dia belikan.. dia pun on jep.. roomate aku kan takde, jadi aku pun bertapaklah kat bilik member aku.. gilerlah nak duduk sorang sorang bilik hujung camni.. seram aku! masa duduk bilik member aku ni, sempatlah usha website Secret Recipe.. bukak je website tuh, hah! rambang mata.. dah tak tau nak beli yang mana.. aku ni tetaplah dengan choice aku.. TIRAMISU! lagi satu, aku suka sangat chocolate indulgence.. 
yummy! sedapnyeww... :D

luff secret recipe laa..


maka , berbekalkan kredit yang tinggal entah berape sen, aku text member aku.. sebab  aku konfem dia dah gerak awal pagi tadi.. tak sempat aku nak bagi duit ke hape.. tapi aku tau, die baik hati.. hehe.. aku pun hantarlah mesej kat dia..


"mira, aku nak tiramisu, butterscotch dengan cheesecake sekali"


tak lama pastu, dia balas..


"SECRET RECIPE DONE!" 


oweh! dah macam game serve serve makanan yang aku selalu main jer.. tak silap aku nama game tu Dinner Dash.. ke Dish.. entahlah, yang pasti ada serve makanan.. aku pun tunggulah sampai malam.. yelah takkan dia terus nak balik sini kan.. dia pegi sana pun sebab bisnes dia.. haa.. sambil belajar pun boleh wat duit pew... then,bila dia dah sampai, cieda mesej aku pulak.. aku kan duduk atas atap.. eh! atas sekali.. means aras 5.. giler letih kalau aku tengah duduk bilik member, tiba tiba hujan.. berlari lari aku mengejarmulah wahai kain kain yang bersidaian kat atas.. okei, cieda mesej aku sebab, ajak makan kek idaman hati.. 

















hah! tu la kek yang aku dah hadap tadi.. yang tiramisu tuh konfem aku punya.. pecan butterscotch tu pulak, cieda yang nak.. cheesecake cik kierana punye.. puas ati kan.. dapat rasa tiga tiga kek sekaligus.. okeilah, lama dah aku duk hadap lappy ni.. nak tido pulak.. aku makan kek, pukul 11 lebih tadi.. bolehlah kan aku nak tido sekarang ni... hehehe... selamat malam semua~



6 3 orang hijau bagi komen:

mimie =) said...[Nak Reply!]

cian adeq aku ni nak kek ye..
ko dtg KL beb..
t aku bwk ko g kdai kek...
kite mkn2 kek..
hahhaha..
amcm..??

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

boleh.. tp smue ko la yg kne blnje..
ak nk cheesecake lak pasni..
ak nk tuntut kt ko.. xkire!

misznanarizal said...[Nak Reply!]

oloh kak dayah patot muka nampak bulat semacam je ptg ni...mkn kek sebelom tido upenyer

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

waduh2..
bestnya cake die..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

misznana: haha.. eceh! ko pon sme voolat pew.. smpai kak x knal td..

ahsfantasy: ngidam kak.. :)

mimie =) said...[Nak Reply!]

pokai aku der....!!
sjenis n septong boley la...
klu lbey ko mnx ngn abg ipa ko...
hahha