Sunday, April 10, 2011

naik bas dan terasa malu

Diya Edhayaa | 8:24 PM | 4Comments |
hye korang semua.. korang pernah tak naik bas? macam sengal pun ada gak soalan aku ni kan. baru ni aku balik rumah sebab dah lama sangat bertapa kat kampus ni. bapak la segala rindu kat mak bapak.  biasanya, nak balik rumah, aku naik bas je. senang cerita, bas ting tong. lama dan klasik uww bas tuh. biasanya aku sorang je conquer seat tuh, letak barang sebab tak nak bagi sape-sape duduk. giler selfish aku kan. lantak laa.

lebih kurang camni la bas aku naik tu.


jarak rumah aku dengan bandar lipis ni, lebih kurang 55 kilometer je, makan masa sejam perjalanan gak. walaupun sejam, selalunya aku sempat jugak layan mata aku ni. lebih lebih lagi dah tiga minggu aku duk jadi burung hantu.


masa mula naik bas tu, sempat gak mata aku ni melilau lilau tengok pemandangan kat luar. entah berapa minit lepas tu, aku tido. tido punya tido aku langsung tak sedar dah sampai mana. paling haru bila henfon aku yang aku pegang boleh jatuh kat tengah bas. aku tersedar then amik balik henfon tu dengan muka toyanya. bapak la malu masa tu.


yang kisah kedua ni pun sebab tido gak. lepas je dah amik henfon tu, aku sambung la tido semula. nak tengok luar pun ada pokok kelapa sawit, hutan hutan je. baik aku tido. maka lena lagilah aku. pastu aku rasa macam ada orang panggil aku. "dik.. dik.." aku bangun.  tengok tengok akak konduktor duk tercegat sebelah aku.

hye makcik!! :D

bukan dia sorang pulak tu, dengan sorang makcik tu.  agaknya entah berapa lama lah dorang tunggu aku tak bangun bangun. mujur gak makcik, kalau abang hensem, jatuh saham wa. hahahaha. tapi aku kesianlah kat makcik tu, boleh dia kejut aku tak reti reti nak bangun. paling aku tak leyh bla, makcik tu duk senyum senyum kat aku walaupun aku dah bagi makcik tu duduk. haish! makcik.. saya ni tido mati..


moral of the story: 
  •  janganlah nak tido dalam bas macam tido atas katil kat rumah. 
  •  bagilah orang tua cam makcik pakcik dan ibu mengandung duduk dalam bas, tak leyh pentingkan diri sendiri.

=_='

sumber gambar: google

4 3 orang hijau bagi komen:

Anisa Hang Tuah said...[Nak Reply!]

saye suke naik bas

sebab

saye tade

transport selain naik bas

:'(

misznanarizal said...[Nak Reply!]

hehehe...sep baek bas tu sampai lipis je...wat nye lajak gi golok bwu thu =)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

anisa: yup! sy pon mmg slalu naik bas.. n ni bace n3 ke x sbnrnye.. huhu

aina: akak pgil din slmatkn.. hi3

s.u.h.a said...[Nak Reply!]

terpaksa naik bus sebab xde transport. hehe.