aku memang sangat geli dengan katak.. walaupun kebanyakan katak tuh, warna ijau.. aku tetap tak suka.. eee! kalau setakat anak patung katak tuh, boleh la aku pegang.. tak lembik lembik cam katak betul.. aku ingat lagi, mase spm kan duduk asrama.. ada katak pisang masuk bilik aku.. memang kacau mood study betul ah taim tu.. tapi aku bukan nak cerita masa spm.. aku nak cerita apa yang berlaku kat aku tadi..
ari ni,aku temanlah member member pegi buka puasa kat kafe.. aku yang tak puasa ni pun, tumpang sekaki.. sebab tengah hari tak makan.. kalau sampai malam aku tak makan, jawabnya pagi sok, awal awal lagi aku serbu kantin.. hehe.. aku cepat lapar kalau pagi pagi.. dan kalau lapar, konfem konfemlah fokus untuk aku blaja tu entah berapa peratus je.. berbalik kepada tajuk asal.. aku pun hadap lar nasi goreng ayam kat kafe favret aku.. memang best! siap siap makan, lepak kejap.. biasalah, macam macam isu bila bukak cerita kedai kopi..
balik dari makan, nak balik bilik.. tak boleh lepak lama sangat sebab nota pj untuk esok tak siap ag.. huhu.. tengah jalan ni punyalah syok borak pasal g orang kawen la.. dah namanya perempuan, memanglah banyak cerita.. masa sampai kat pagar asrama, aku menjerit tiba tiba.. korang tau nape...??
eee! |
hah! benda ni la yang buat aku terjerit sakan tadi.. mujurlah bukan kat kafe,.. kalau tak, memang glamorous la aku.. tak pasal pasal dicop gedix kerana katak seekor.. aku tak perasan langsung ada katak kat situ.. tau tau je, katak tu melompat kat kaki aku.. rase sejuk ngan lembik je.. siap aku tersiku member aku ag.. mujur ah tak jadi benda benda.. haha.. sampai bilik pun aku terasa lagi kesan katak melompat atas kaki aku.. trauma kot.. skang ni pon terasa lagi tau... memang la ko ni kan katak.. bilik aku kat tingkat atas sekali, aras 5.. jauh dari member member.. kalau aku duk bawah, buatnya katak tu melompat masuk bilik aku, duk lak atas katil ak.. fuh! tak tergambar dengan kata kata.. mau trauma aku seminggu agaknya.. dah la, tu jer aku nak cerita.. aku nak sambung label rangka pulak..
pssttt: kalau katak tu, frog prince.. camne?? hehehehe....
Tweet
7 3 orang hijau bagi komen:
try la cium katak 2..mne tau die tuko jd putera planet namex..haha
haha,, kalo jd putera katak btol xpe gk.. hu3
haha..meh t ak bagi hadiah besday katak sekor ke mung!
wakakaka :p
tlg r jgn bg.. ko bg aku tokek xpe gk.. bley wt duit.. hehehe
si katak hijau..hehe..
tp yg btol2 xsuka la..geli gak..heee..;p
kalo tedy katak kiut kn..
tp nk pgg cm nora danish 2 xde laa...
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment