orang selalu kata PBSM ni "persatuan berehat sepanjang masa". biasa sangat dah dengar. tapi itu bukan sebab untuk diya malas nak aktif gerko. kalau tengok situasi kat tempat diya ni, Pengakap paling tip top keaktifannya. sibuk je selalu. siapkan buku log la, tali la, jamboree laa.. haish! penat jugak. eh! apa diya cerita pasal pengakap pulak ni. stop stop stop. kita cerita pasal PBSM oke.
baru-baru ni, diya terlibat dengan kursus fasilitator untuk SUKBEL 2011 nanti. student yang amik gerko PBSM semester 3 memang wajib join SUKBEL ni. tapi kan, SUKBEL ni buat masa cuti semester. so, untuk tahun ni, cuti sem diya yang 3 minggu tinggal 2 minggu jela. heh. takpe, demi pengalaman.
untuk kem ni, diya pilih skill station bencana. kat SUKBEL nanti, tak jadi peserta, tapi fasilitator. ingatkan tak banyak kerja sangat. rupa-rupanya, boleh tahan jugak. hehe. yang seronoknya, diya belajar banyak benda baru. nak tau apa?? meyh diya nak story.
MASAK MAKANAN UNTUK 3000 ORANG
kalau masa bencana kan, mangsa bukannya seramai geng gosip mesyuarat tingkap. tapi beribu orang. so masa ni, jurulatih dari IPK ajar macam mana nak guna peralatan memasak, setting masa, serve makanan untuk mangsa and macam-macam lagilah.
PASANG KHEMAH
part ni best jugak. masa ni memang bekerjasama nak pasang dan bongkar khemah dalam kumpulan. khemah yang kami belajar pasang ni, khemah yang biasa tentera pakai. besar. mula-mula macam takde mood jugak. sebab masa tu dah tengahari, matahari tegak kat kepala. tipulah tak penat kan. lastly, rasa best pulak. ingatkan susah sangat. kami berjaya pasang dan bongkar dalam masa 9 minit je. hehe.
TRIAGE
part ni pun diya suka. diya belajar macam mana nak tagging pesakit ikut warna. warna yang digunakan merah, kuning, hijau dan putih. lepas je jurulatih tu bagitahu notes pasal ni, dia tanya kitorang beberapa situasi. kena berfikir jugaklah. nasib baik bukan ujian kan. hehe.
STRETCHER
yang ni belajar macam mana nak set kan stretcher. diya baru tau yang stretcher ni ada 2 jenis, foldable stretcher dengan stretcher Nato. masa jurulatih tu duk ajar kami, merepek je jawabnya. huhu. yelah, tak pernah ada pengetahuan pun pasal ni. then, dia ajar kami cara-cara usungan. banyak cara boleh digunakan untuk usung pesakit tanpa menyakitkan mereka.
memang dapat banyak betul benda baru. tapi agak terkilan sikit sebab tak sempat untuk skill station Ambulans. masa suntuk sebab ada pertandingan pasang khemah. grup diya, grup BRAVO. tapi tak menang pun. khemah terbalik. adesss.
pape pon, dapat rasa yang PBSM ni seronok sebenarnya.
"di mana ada sengsara, di situ ada kita."
0 3 orang hijau bagi komen:
Post a Comment