Thursday, April 21, 2011

hutang | mulut manis tapi nak bayar liat

Diya Edhayaa | 10:38 PM | 6Comments |
bila sebut pasal hutang, mesti terbayang duit. nak buat hutang ni mudah, tapi nak bayar dia liat mengalahkan tanah liat. paling geram bila dah pinjam, tapi tak gheti gheti nak pulangkan. ustaz mengajar Syariah masa aku sekolah dulu pernah cakap, kalau berhutang kita kena catat  dan tulis hutang kita tu.  


Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 282:

Ertinya : "Wahai orang orang yang beriman!Apabila menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulis dengan adil (benar)".


kan ada kaitan antara apa yang ustaz aku cakap dengan ayat ni. kalau dah berhutang, baik kita catat pada kertas, tampal lah kat board bilik ke, kat dinding ke atau kat mana-mana yang kita mudah nampak. yelah, kita ni bukannya memori sampai 16GB nak ingat semua tu.  kalau yang jenis ingat takpe lah. yang jenis tak ingat tu sendiri mau pikirlah.




orang dah bagi berhutang tu kira cukup baik lah kan.  tak semua orang ada banyak duit berkepuk-kepuk nak bagi terus.  daripada bagi terus baik simpan Tabung Haji, simpan buat naik haji. bukan kedekut, tapi bila ada orang jenis liat nak bayar hutang ni, memang tak boleh bagi muka sangat.  paling tak suka bila yang buat hutang tu dalam kategori anak orang berada ke.


if dia tak berkemampuan, boleh lah terima.  ini dating sana sini boleh, beli baju lawa lawa boleh, makan sedap sedap boleh, tapi setakat bayar hutang orang pon tak boleh nak jelaskan, baik tak payahlah nak berhutang.  bila orang bagi hutang @ pemiutang tu mintak, pandai pulak nak senyap je.  kalau masa mengharap tu, mulut sikit punya manis, merayu-rayu. sebab kawan, tolong. tapi lepas tu. hurrmmm.. lesap.


sabda Nabi S.A.W:


Rasulullah juga kerap mengajar umat Islam agar berdoa dilepaskan dari hutang:



sedikit notes:
  • memberi hutang adalah sunat tetapi membayar balik adalah wajib apabila sampai tempoh.
  • orang yang berhutang mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang tersebut.
  • haram memberi hutang untuk tujuan yang diharamkan sprti membeli arak, melakukan maksiat.
  • boleh membayar lebih kepada pemiutang sebagai tanda bersyukur diberi pinjam.

sumber: SINISINI dan SINI dan sedikit ilmu masa sekolah dulu.



6 3 orang hijau bagi komen:

Anisa Hang Tuah said...[Nak Reply!]

duitttt

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

di mne kau duit.. heheh!

Cikgu Amin said...[Nak Reply!]

pedas je rase...hoho

misz athiqah said...[Nak Reply!]

spesis nak makan penampar..geram sesgt..lagi best bila kawan baik sdri wat..elok je btahun2 kwan baik...lepas tu bila pinjam duit trus lesap...senyap trus...macam lah kita nie xpenah bkawan baik kan???

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

mien: tertelan cili 8 kilo ke.. haha.

k.tiqah: yg 2 mmg pesen nk kne pnampo laju2.. die ngt kite ni cop duet ke hape...

Anonymous said...[Nak Reply!]

hutang nie jgn bawak main-main... di dunia mmg kita boleh mengelak membayar hutang tapi kita bawak masuk liang lahat... itu kalau berhutang sesama manusia, jgn lupa hutang-hutang kita dgn Allah SWT yg telah meminjamkan kita segala2 nya... segala yg kita miliki di dunia ini semua nya milik Allah SWT... takde satu pun milik kita... termasuklah jasad kita... jadi ambil lah sedikit waktu yg kita pinjam dari Allah nie utk sedikit muhasabah diri... insyaAllah...