Monday, December 20, 2010

mata oh mata

Diya Edhayaa | 11:21 PM | 3Comments |
dari mata, turun ke hati.. ada juga orang kata, dari mata jer kita dah boleh baca apa yang ada dalam hati seseorang tu... tanpa mata, siapalah kita.. tak nampak alam sekeliling ni.. tapi sekarang ni aku dah tak tahan sebab mata jugak.. tak boleh nak salahkan apa.. tapi dari tengah hari tadi kot aku terseksa camni.. mula-mula wat tak tau lagi.. tapi kalau dah sampai malam, rase macam nak cabut je mata aku ni.. letak jap dalam kotak.. biar dia duk diam-diam lam tuh.. dari siang tadi asyik berdenyut-denyut... cerita kat mak aku, die buat lawak pulak.. 

aku : mak, apesal kelopak mata kiri  ni asik denyut-denyut?
mak : ada orang nak meminang tu.. hahaha...


tengoklah jawapan mak aku.. last last aku tergelak jugak.. haha.. mengarut pulak mak ye..sampai aku rasa cam nak letak minyak angin je kat mata ni.. dari tadi camni.. bila nak berenti pun aku tak tau.. aku pun search la kan sebab mata berdenyut-denyut..antara sebab yang aku jumpa :

  • tekanan
  • kelesuan
  • ketegangan mata
  • kafein
  • alkohol
  • kekeringan mata
  • ketidakseimbangan nutrisi
  • allergi


 pastu, ada juga orang tua-tua kata, denyutan pada mata ni ada maksudnya.. kira macam bawa petanda.. nak percaya sangat pun tak boleh..  tapi juz share je ni..


Kelopak mata sebelah kanan atas = akan mendapat wang.
Kelopak mata sebelah kanan bawah =  mendapat kesusahan.
Kelopak mata sebelah kiri atas = memperoleh sesuatu yang baik.
Kelopak mata sebelah kiri bawah = menangis.
Kelopak air mata sebelah kanan = menangis.
Kelopak air mata sebelah kiri = bebas dari prihatin.
Sudut mata kanan = melihat kekasih hati.
Sudut mata kiri = menderita kesusahan.
Biji mata sebelah kanan = menangisi orang mati.
Biji mata sebelah kiri = melihat orang yang datang/asal dari jauh.
 
 
kalau betullah kelopak mata sebelah kiri atas akan dapat sesuatu yang baik.. alhamdulillah.. aku berharap sangat ada benda yang baik akan datang dalam hidup aku.. dan sesuatu yang sangat aku tunggu ialah result exam aku semester lepas.. walaupun dah tau lulus masa check portal last week, tapi pointer tak tau lagi.. hope dapat yang terbaik... amin~ aku dah tak tahan sangat ni.. salam semua...

3 3 orang hijau bagi komen:

♥NuR SyAFiQah♥ said...[Nak Reply!]

huhu..nk mata besar..hehe

thanks sbb bg sy smgt td..hehe

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

pnjam mate tedy bear.. boolat2 jew..hehe..

welkam.. :) mood pn xde ni..

♥..cik_mas..♥ said...[Nak Reply!]

hai cikgu :)