Saturday, December 18, 2010

sosial hari sabtu

Diya Edhayaa | 5:59 PM | 3Comments |
hari sabtu, mari bersosial... sosial dengan dotdotdot.. hihi.. dotdotdot itu adelah warga veteran kat umah aku.. nak kate warga emas kang, ada yang tak warga emas lagi.. lagipun, dorang kan dah makan garam lebih dari aku.. aku baru makan 2 paket je.. dorang dah berguni guni.. gula pun dah berbalun balun.. asam keping dah berbekas-bekas.. pendek kata, segala rasa dorang dah rasalah kan.. aku ni, perjalanan hidup baru nak mula.. walaupun dah idup 20 taun.. means, banyak lagi yang akan aku tempuhi zaman akan datang.. dunia makin mencabar.. huhu.. tetiba jer.. 


pagi tadi, dengan rela hatinya aku ikut mak aku g buat bubur asyura.. bubur asyura ni, ialah sejenis bubur yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.. biasanya orang buat benda ni masa 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.. masa hari asyura, kita disunatkan berpuasa.. tapi bila benda sunat, buat pun dapat pahala kan.. tengoklah, betapa senangnya kita sebagai umat Islam ni nak dapat pahala...

Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
 
 
aku nak cerita lebih lebih pun, hari ni dah 12 Muharram.. tak kesahlah... tibe tibe aku jadi macam ustazah pulak hari ni kan.. kira training sebelum g praktikal.. hehehe..  nak tau sejarah hari asyura, peristiwa 10 muharram, sila google sekarang ataupun bace buku.. 


 perumahan aku ni buat hari ni.. ada 2 set event yang sama pulak tuh.. mana nak g dulu pun aku tak tau.. last last aku g yang dekat umah dulu.. awal kot sampai.. ade 3 orang makcik je taim tuh.. aku pun dengan muka penuh keayuan, masuk dalam, duduk.. bajet bajet rajin ni, aku siang bawang.. padahal, dah tau yang mata aku ni sangat alah dengan bawang.. besar hajat tuh nak tolong siang bawang banyak banyak.. huhu.. entah yang  ke berapa biji, air mata aku yang mahal ni keluar.. masa tu, kipas punyalah laju.. pedih giler..! last last aku stop.. aku siang benda lain pulak.. tak rela aku.. *dalam hati taim tuh kata: kalau pakai maid nanti, biar dia je yang siang bawang.. hehehe


tak sampai separuh pun yang dalam ni aku kupas, yang len semua makcik makcik buat










gambar aku tak de.. hukhuk.. takde sape yang nak tulun senap.. pas siap segala siang menyiang , kupas mengupas kat sini, aku ngan mak aku g pulak kat tempat lagi satu.. kat sana, aku wat job bawang lagi.. aku pun tak pahamlah.. memang muka aku ni macam bawang kot.. masa makcik makcik duk masak, perut aku ni.... lapa giler! mana tak nyer, pagi tadi aku breakfast, aku muntahkan semula... lepas siap makan, aku tolong gak la angkat angkat pinggan.. sebab dah tak tau nak buat ape.. so, aku senap snap la the veterans duk kacau kacau asyura...


nampak tangan mak aku jer..










 mak aku memang suka sangatlah aku g bermasyarakat ni.. dia selalu cakap, 'jangan nak jadi kera sumbang je..'.. huhu.... (T_T) tah berapa jam dorang kacau, aku tak hengat.. yang penting, lamalah... and, asyura tu siap.. auwww~ tak sabar nak makan.. sodap sodap..



aku tulis entry ni pon, masa tengah mengadap asyura.. hihihi... tibe tibe teringat pulak zaman sekolah.....emmm...


*...tata...*


3 3 orang hijau bagi komen:

rafina mimi abdullah said...[Nak Reply!]

slmt mlm cikgu..cikgu di tag utk menyertai contest :)

Rashid said...[Nak Reply!]

salam

wah!! kebetulan. Esok sayapun nak balik kampung kerna ada majlis kacau syura ..

sedapje tgk..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

sis rafina: okeh3...

rashid: asyura mmg best pn.. kalau mkn sejuk2..